Sakit mata apabila melihat kesan double tape lama pada dinding yang sukar untuk dihilangkan. Kadangkala sampai terkupas habis bahagian dinding itu semasa dalam proses membuangnya.
Namun, ada cara yang paling mudah yang dikongsikan oleh jejaka yang diberi nama @Mumumellow di akaun Tiktok miliknya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Mula-mula sediakan sellotape.
Selepas itu, ambil sedikit sellotape dan lekatkan pada kesan double tape lama.
Guna ibu jari untuk tonyoh dan tarik dikawasan tersebut.
Kesan degil sellotape itu hilang.
Cara 2 :
Kikis kesan itu dengan guna apa sahaja peralatan yang sesuai.
Jika double tape itu terlalu banyak, dengan guna cara ini ia akan berkesan. Namun akan merosakkan sedikit bahagian dinding itu.
Caranya mudah sahaja, celup thinner tersebut dengan kain buruk dan gosok dengan santai.
Siap! Inilah hasilnya.
Namun, kesan gosokkan thinner itu kita baiki kembali dengan menggunakan wall filler.
Sapu lapisan pertama dan tunggu ianya kering.
Kemudian, sapu lapisan kedua dan tunggu ianya kering.
Selepas itu, lilit kertas pasir dengan benda rata dan gosokkan pada dinding.
Inilah hasilnya, smooth je dinding.
Untuk kaedah lain, boleh rujuk gambar di bawah ini.
Setelah selesai semua proses membuang double tape, boleh la cat dengan warna pilihan.
Itu sahaja perkongsian DIY pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca Giler Deco di luar sana.