DIY Counter Bar Serbaguna Untuk Dapur Anda

5,162 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Selain desain dan rekabentuk "table top" yang popular untuk dekorasi dapur, rekabentuk DIY "counter bar" juga apa kurangnya. Rekabentuk "counter bar" ini sangat praktikal untuk memudahkan kita untuk membuat kerja dapur dengan senang.

Namun, untuk mengupah seseorang membuat "counter bar" ini pastinya kos nya agak mahal dan tidak berbaloi. Jadi, apa kata kita buat sahaja secara DIY "counter bar" ini dengan bajet yang murah macam yang dilakukan oleh Syahrum Shukri ini.

Beliau telah berkongsikan cara untuk DIY "counter bar" ini mengikut cara beliau sendiri. Beliau berkongsikan didalam grup Facebook Tukang Apa Hari Ini. Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua cara untuk DIY meja ini.

DIY Counter Bar Cara Mudah & Ringkas

Saya nak berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter yang lama yang dah reput.

Asalnya ingat nak order dengan company yang asal buat kitchen cabinet sebelum ni tapi sebab projek kecil je dan kewangan x berapa cukup so try buat sendiri je lah

Bar Counter Yang Asal

Bar counter yang lama. Dah reput sebab ia bukan solid wood. Kena air lama2 akan reput. Pakai dah masuk 2 tahun.

DIY counter bar

Cara Untuk Membuat "Counter Bar" Dapur

1. Buatkan rangka seperti gambar dibawah. Rangka diperbuat daripada kayu yang dibeli di kedai hardware.

2. Plywood beli kat hardware untuk cover bahagian counter top.

3. Berikut merupakan keadaan yang dah separuh siap. Tunggu nak cat sahaja bahagian depan dan sapukan wood coating kat counter top.

4. Keadaan selepas mengecat pada bahagian plywood

5. Saya applykan wood coating pada permukaan plywood tersebut untuk naikkan lagi seri.

DIY counter bar

6. Selepas itu, sapu kan pula wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan juga untuk bagi tahan lama.

DIY counter bar

7. Inilah dia hasil akhir "counter bar" yang diidamkan. Setelah apply keseluruhan permukaan plywood dengan wood coating secukupnya barulah nampak kemas sedikit.

DIY counter bar

Sumber : Syahrum Shukri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down