Cara Buat Body Kabinet Dapur Guna Besi C Channel

1,868 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua orang mampu untuk memiliki kabinet yang kelihatan grand. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang cukup mempengaruhi individu tersebut, salah satunya adalah kekurangan bajet.

Namun, jika anda berhasrat juga untuk memiliki kabinet dapur tetapi dengan cara bajet, ianya boleh dilakukan sendiri sahaja dengan menggunakan besi C Channel.

Jadi, tanpa berlengah lagi, jom kita lihat cara penghasilan body kabinet di bawah ini.

Cara Buat Body Kabinet Dapur Ringkas Dan Bajet

Langkah pertama, ukur dan tanda bahagian yang ingin dipotong itu.

Cara Buat Body Kabinet Dapur
Cara Buat Body Kabinet Dapur

Benda basic untuk menghasilkan body kabinet sebenarnya hanya perlu tahu bahagian mana yang perlu dipotong sahaja. Untuk bahagian design dan ukuran boleh custom sendiri mengikut pilihan hati. Apa yang penting adalah perlu tahu teknik macam mana nak sambung dan potong dengan betul sahaja.

Cara Buat Body Kabinet Dapur

Potong sehingga bahagian yang ditanda itu tercabut. Kalau takut nak pakai mesin pencanai, boleh potong pakai gunting dan benda tajam lain. Namun hasilnya tidak sekemas penggunaan mesin pencanai ini.

Cara Buat Body Kabinet Dapur

Beginilah rupa setelah selesai dipotong.

Cara Buat Body Kabinet Dapur

Proses diteruskan dengan memotong bahagian tepi itu pula.

Cara Buat Body Kabinet Dapur

Kemudian, lipat supaya ia menjadi bentuk penjuru dan skrukan sahaja seperti gambar di bawah.

Cara Buat Body Kabinet Dapur

Inilah rupa body kabinet setelah selesai dilipat dan diskru bahagian sendi itu. Tak susah sangat pun kan?

Cara Buat Body Kabinet Dapur
Cara Buat Body Kabinet Dapur

Cukup berguna kan perkongsian pada kali ini? Lepas ni boleh la try buat sendiri body kabinet dengan guna besi C channel kalau nak jimat. Selamat mencuba.

Kredit: @diynewbies

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down