Kebanyakan rumah sekarang bermula dari pintu masuk hingga ke bahagian dapur cukup jelas menampakkan kesemuanya bahagian dalaman rumah kerana tiadanya penghadang atau divider.
Perkara tersebut cukup membuatkan pemilik rumah kurang selesa lebih-lebih lagi sewaktu tetamu datang bertandang ke rumah. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, penggunaan divider sangat diperlukan bagi mengasingkan ruang-ruang tertentu supaya lebih privasi.
Bagi sesetengah orang, mereka lebih memilih untuk mengupah orang untuk hasilkan divider tersebut, tetapi tidak bagi lelaki ini yang bernama Shahril Azhari Jumari. Beliau telah menghasilkan sendiri divider pada bahagian pintu masuk pada ruang tamu kediaman rumahnya itu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dibawah ini.
Hari ni cuba buat divider solid pine wood pakai selit-selit sahaja. Old school pakai tanggam lekap palang (subjek kemahiran hidup sekolah menengah) dan dowel kayu sahaja. Skru hanya untuk floor dan wall plug sahaja. Baru 90% siap.
Esok nak cari kayu untuk enhance untuk bold kan bahagian tertentu dekat divider ini.
Esok lepas siap nak stain dengan meranti atau mahogany. Warna pine original nampak plain dan rare scandinavian sangat. Kena warna gelap, barulah nampak bold dan kemelayuan.
Ini adalah semasa proses pertukangan sedang giat dilakukan. Semuanya dibuat sendiri oleh pemilik rumah ini.
Boleh dikatakan beliau agak kreatif dalam melakukan DIY seperti ini secara seorang sendiri.
Keadaan rumah sebelum dan selepas proses DIY divider ini selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam hasilkan DIY divider di rumah.
Semoga bermanfaat.