Deco rumah dengan menggunakan konsep dan gaya shiplap wall memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita pada masa kini. Kebanyakan rumah memang menggunakan shiplap wall bagi mencantikkan rumah masing-masing tidak kira dengan cara DIY ataupun mengupah orang.
Perkongsian pada kali ini adalah dari Ct Nadia. Beliau telah berkongsi cara buat DIY dinding shiplap hanya guna barang Shopee murah dan mudah.
Jom sama-sama ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Pertama kali post dekat sini. Biasa tengok ahli-ahli lain yang post cantik semuanya.
Alhamdulillah, ini kali pertama juga baru nak belajar deko rumah, buat sikit-sikit sebab anak pun dah besar ni.
Dekat sini kami sertakan bahan dan cara-cara kami buat kebanyakan memang tengok dan belajar dari Youtube, Website dan Facebook.
Semua bahan-bahan beli di Shopee harga di Shopee lebih murah berbanding di kedai. Beza la harga dalam rm30-50 juga kalau di kedai.
Bahan dan Langkah buat shiplap boleh rujuk di bawah.
Saiz dinding 10kaki x 10 kaki.
Bahan - Bahan:
MDF board 55 keping 4 kaki. Lagi bagus beli yang panjang supaya tak perlu sambung sebab nanti akan nampak bahagian sambungan.
Saya tak tahu pergi beli yang 4 kaki. Harga setiap satu adalah Rm3.30.
Link Shopee :
Pemilihan Cat:
Ada dua jenis iaitu sheen atau matt. Beliau memilih untuk pakai matt. Kalau sheen terlalu berkilat. Manakala, jika pakai matt, kalau permukaan shiplap tak cantik, matt kurang nampak. Kalau sheen nampak jadi jelas dan berkilat sedikit.
Cara-cara:
Ia mula dilakukan pada bahagian bawah dahulu. Ukur betul-betul jangan bagi senget sebab pemasangan pada bahagian atas dipengaruhi dari bahagian bawah.
Selepas itu, lapik 3 batang aiskrim untuk lapisan seterusnya hingga rapat ke siling. Beliau berkata, bahagian paling leceh adalah semasa nak potong board ikut bentuk dinding dan siling. Kadang-kadang dinding melengkung. Nampak senang tapi rumit juga.
Pada bahagian ini, kayu mdf sudah selesai ditampal tetapi belum isi gap filler.
Langkah seterusnya adalah isi gap filler di bahagian sambungan dan tepi dinding. Pastikan sambungan papan tak renggang, nanti leceh nak isi gap filler. Kalau tak cermat nanti comot jadinya.
Sama juga bahagian tepi dinding. Masa potong board ikut bentuk dinding, pastikan ngam-ngam dengan bentuk dinding. Lepas kering gap filler itu boleh gosok dengan kertas pasir untuk licinkan permukaan.
Barulah boleh cat undercoat. Beliau pakai primer Jotun majestic.
Selepas 2 jam siap sapu undercoat, sudah boleh lakukan proses mengecat. Mula-mula kena cat celah-celah gap shiplap itu. Undercoat pun sama juga.
Kalau boleh, pakai berus cat yang saiz kecil. Jika tidak mempunyai sifat sabar dalam diri, jangan buat shiplap. Sebab itu kalau ada yang anak-anak kecik umur 4-5 keatas boleh mintak tolong mereka untuk cat di celah-celah itu. Cepat lagi siap. Lepas itu baru cat keseluruhan.
Inilah rupa setelah siap cat di celah-celah gap shiplap ini. Hanya tinggal nak cat keseluruhan sahaja. Kena cat 2 layer. Selepas cat layer pertama, 2 jam boleh cat layer kedua.
Layer pertama memang nampak buruk. Cat tak sekata. Lepas dua layer baru puas hati dan nampak hasilnya. Untuk saiz dinding rumah ini pakai 1.5 liter cat jotun majectic true beauty matt. Lepas siap, touch up secukupnya.
Alhamdulillah, Inilah hasil yang sudah siap.
Sikit-sikit puas hati. Kami ambil masa 5 hari buat, orang lain buat 3 hari sahaja.
Seterunya adalah projek wainscotting simple dinding kiri kanan pula baru boleh slow-slow deko insya Allah ada rezeki lebih.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.