Projek DIY Laman Rehat Bajet Pada Bahagian Tepi Sawah Cantik

174 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Syokkan bila ada sebuah laman berehat pada bahagian luar rumah? Mestilaaa syokk sebab boleh bersantai-santai sambil minum kopi dan lepak dengan tenang. Kalau ada impian nak buat projek diy laman rehat bajet ni boleh ikuti perkongsian daripada Suffian Rusli ini.

Suffian Rusli ini mempunyai rumah homestay yang dilengkapi dengan kolam renang dan berada di kawasan sawah padi. Walaupun ada kolam renang, sekeliling rumah tersebut rasa macam kosong dan tidak menarik.

Jadi, sebelum rumah homestay tersebut diberi sewa, beliau ingin melakukan sebuah projek untuk membuat laman bajet ditepi sawah padi tersebut. Tujuannya adalah untuk menaikkan lagi seri bukan sahaja dalaman ruman namun termasuk bahagian luar juga.

Pemuda Kongsikan Projek Terbaru Laman Rehat Bajet Pada Bahagian Tepi Sawah Yang Cantik

Projek laman bajet diy tepi sawah

Terima kasih admin sudi approve posting ni. Rumah homestay dan kolam fibre ni baru je siap. Asalnya tambakkan tanah ni berlumpur dan nampak kosong.

Disebabkan banyak bajet aku dah diperuntukan untuk kolam, jadi aku decide untuk diy je sendiri tambakkan tanah depan ni guna barang2 yang ada dan harga mesra poket. Yang penting sejuk mata memandang.

Kos Yang Diperlukan Untuk Membuat Laman Bajet Ini

  • Stepping stone concrete slab 20" x 20"= RM14 sekeping
  • Penutup longkang plastik RM8.30 sekeping
  • Batu miling recycle = RM270 selori
  • Pokok2 landskap = RM130
  • Tenaga kerja = free sambil2 excercise

Projek DIY Laman Bajet Pada Bahagian Tepi Sawah

Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet
Laman Rehat Bajet

Kredit : Suffian Rusli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down