Cara Buat Plaster Dan Cat Siling Bermodalkan Bawah RM100

24,225 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sejak kebelakangan ini, penghasilan projek secara DIY daripada pasangan suami isteri sudah menjadi kebiasaan. Seperti yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Nadira Roslan. Beliau bersama suami menghasilkan satu projek DIY yang sangat menarik serta berkongsi cara buat plaster dan cat siling bermodalkan bawah RM100.

Jadi, jom sama-sama kita lihat bagaimana mereka melakukan proses mengecat dan plaster siling ini.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Antara bahan yg diperlukan:

  1. Stopping compound
  2. Plastic scrapper
  3. Cat putih
  4. Roller utk cat
  5. Kertas pasir

Fungsi kertas pasir adalah untuk kegunaan touch up plaster bila sudah kering. Kalau nampak macam berbonggol tak rata, boleh ratakan guna kertas pasir. Kalau boleh cari kertas pasir jenis kasar sedikit. Seperti yang digunakan ini adalah bernombor 80.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Roller yang dibeli ini kegunaannya sama seperti untuk mengecat dinding rumah. Kalau boleh, elakkan dari membeli saiz kecil kerana akan melambatkan kerja mengecat. Untuk pemilihan bulu cat pula jangan pilih yang terlalu nipis. Nak mudah boleh cari dekat Mr.DIY dan cari yang sesuai untuk cat siling.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Cat putih yang digunakan ini adalah jenama Nippon Paint Matex Maxi White. Harga untuk 7 liter adalah RM42. Beliau beli dua tong tapi untuk satu tong lagi hanya guna dalam 1/4 liter sahaja. Beliau hanya cat satu layer sahaja. Kalau nak finishing lagi cantik dan kemas boleh buat dua layer. Tetapi perlu tunggu layer pertama kering dahulu baru buat layer kedua.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Ini adalah plastik scrapper. Nak guna yang besi macam tukang guna pun boleh. Tapi suaminya kata, lagi senang guna yang ini. Scrapper jenis besi, kalau bukan seorang yang mahir, tidak disarankan untuk guna, kerana jika tersilap langkah akan menjadi tidak rata.

Ianya boleh dibeli dekat kedai Mr.DIY. Harganya hanya RM2 untuk 6 pcs.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Ini adalah stopping compound untuk plaster siling. Cara menggunakannya adalah dengan meletakkannya di celah gap siling itu sahaja bagi permukaan rata.

Stopping ini boleh dapatkan di kedai hardware. 1kg RM2. Untuk keluasan ruang tamu dan dapur rumah hanya guna dalam 3kg sahaja. Jumlah keseluruhan adalah dalam RM6.

Plaster ini suami buat dua layer. Kalau buat satu layer sahaja nanti masih nampak lubang gap siling kapur itu. Tunggu layer pertama kering baru buat layer kedua. Compound ini perlu bancuh sikit-sikit sebab cepat keras.

Sebelum Dan Selepas Cat Siling:

Keadaan siling rumah sebelum dan selepas.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling
Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Keadaan bahagian siling dapur sebelum dan selepas diubahsuai.

Cara Buat Plaster Dan Cat Siling
Cara Buat Plaster Dan Cat Siling

Sangat cantik dan jimat. Tak perlu nak upah orang lagi dah. Kita juga boleh buat mengikut citarasa sendiri. Kalau ada masa, boleh la DIY sendiri plaster dan cat siling seperti yang dilakukan oleh beliau ini.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down