Cara Cat Wainscoting Dengan Betul (Bonus: 5 Inspirasi Warna)

4,517 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pemilik rumah di Malaysia semakin bijak dalam mengolah dekorasi dinding pada kos yang menjimatkan. Segalanya tidak mustahil untuk dilakukan sendiri, termasuklah memasang wainscoting pada dinding ruang tamu atau bilik tidur.

Antara proses yang agak sukar dan mengambil masa dalam projek DIY wainscoting ialah mengecat wainscoting itu sendiri. Namun jika anda mengetahui cara cat wainscoting yang betul, proses mengecat menjadi lebih mudah. Janji anda jaga kekemasan sewaktu mengecat.

Justeru, untuk kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara cat wainscoting dengan betul untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Tutorial Cara Cat Wainscoting Dengan Betul Untuk Hasil Yang Menakjubkan

Kredit: 20sen

Bilakah waktu yang sesuai untuk mengecat wainscoting?

Untuk proses mengecat ini, anda harus mengenal pasti kombinasi warna yang anda inginkan untuk ruang terbabit. Jika warna cat untuk wainscoting adalah sama dengan dinding, anda boleh melekatkan wainscoting yang sudah dibentuk ke dinding dan seterusnya meneruskan dengan proses mengecat serta-merta.

Jika anda memilih kombinasi warna yang berlainan, contoh biru gelap untuk dinding dan warna gold pada wainscoting, anda harus mengecat secara berasingan. Mulakan dengan mengecat dinding, kemudian barulah wainscoting. 

Apakah jenis cat yang sesuai untuk wainscoting?

Antara jenis cat yang boleh anda pilih ialah cat semi-gloss yang berkualiti tinggi, semi-gloss finish, acrylic-based dan juga oil-based.  Cat minyak sangat tahan lama, tetapi jika cat yang dipilih tersebut berwarna putih, ia mungkin akan bertukar kepada warna kekuningan dari di kemudian hari.

Adakah saya memerlukan berus khas untuk mengecat wainscoting?

Antara peralatan yang penting untuk projek mengecat wainscoting anda ialah berus. Pastikan anda mempunyai sash brush atau dalam Bahasa Melayu berus selempang yang saiz lebarnya 1 setengah inci atau 2 inci. Berus jenis ini mudah kerana bulu berus ini berbentuk serong menjadikan ruang yang bersudut lebih mudah untuk dicapai semasa mengecat.

Cara cat wainscoting yang manakah lebih kemas, guna spray atau guna berus?

Jika anda tidak mempunyai masa luang yang banyak untuk projek DIY wainscoting anda, gunakan kaedah semburan. Kaedah ini menghasilkan kerja cat yang lebih kemas, namun ia memerlukan sedikit latihan dan kemahiran untuk menggunakannya.

Berus atau roller, peralatan yang manakah lebih penting untuk projek mengecat wainscoting saya?

Kedua-duanya penting. Di bahagian bucu, anda boleh gunakan berus dan selebihnya gunakan roller. Untuk berus roller digalakkan untuk mengecat dalam satu arah sahaja.

Idea warna wainscoting yang menarik

Anda nakkan idea cat wainscoting? Berikut merupakan idea cat wainscoting yang anda boleh gunapakai dalam projek wainscoting anda:

idea wainscoting
1

Highlight the Molding

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
2

Clean Palette

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
3

Wallpaper Mould

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
4

Go Neutral

This is a block of text. Double-click this text to edit it.
5

Bold & Monochrome

This is a block of text. Double-click this text to edit it.

Langkah-langkah mengecat wainscoting

  • Sebelum mengecat, pastikan permukaan dinding dan wainscoting anda bersih, tiada keretakan, lubang atau sisa kotoran pada wainscoting supaya primer dan cat melekat dengan kuat pada permukaan.
  • Kebanyakan wainscoting seperti kayu atau PVC adalah licin dan mempunyai salutan kemasan yang boleh menyebabkan cat tertanggal. Anda perlu melakukan proses sanding untuk menguatkan lagi campuran cat dan primer pada permukaan wainscoting supaya cat tidak mudah tertanggal jika anda hendak mengelap bagi tujuan pembersihan kelak.
  • Pemilihan primer adalah sangat penting. Fungsi primer bukan sahaja untuk memastikan cat tersebut tidak tertanggal malah dapat mengelakkan permukaan wainscoting daripada kotoran. Primer yang berasaskan minyak lebih berkesan berbanding dengan lateks.
  • Filler atau sealant boleh diletakkan sebelum atau selepas proses menyapu  primer. Pastikan anda memilih filler yang betul pada permukaan wainscoting.
  • Selepas anda memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik, anda boleh meneruskan proses mengecat.

Ini sahaja perkongsian kami untuk cara cat wainscoting dengan betul. Sudahkah anda mendapat inspirasi? Apa lagi, jom mulakan projek DIY wainscoting anda!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down