Tinggal dirumah kecil dan sempit bukanlah menjadi masalah untuk kita sebenarnya. Lagi-lagi jika baru mendirikan rumah tangga, sudah pasti banyak benda yang perlu buat untuk memastikan rumah kediaman sentiasa kelihatan cantik, selesa dan ceria.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mat Tarmizi Abdul Rahman. Beliau telah berkongsi hasil deco dengan cara bajet ruang makan dan tandas rumahnya itu.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Deco bajet rumah kecil. Modal beli skru, paku dan cat. Kayu-kayu kutip yang kilang buang kita proses. Baru Kahwin banyak benda nak pakai duit.
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai
Proses-proses pemasangan bahagian atas meja makan dilakukan.
Ruang dapur selesai di deco.
Makanan siap dihidang.
Ini pula proses deco tandas kecil. Sambungan dari deco bajet rumah Kecil tadi.
Proses membancuh simen dan pasang tiles belajar dekat youtube sebab nak jimat kos.
Bahagian tandas ini juga dilakukan sendiri secara DIY. Punca utama untuk hasilkan penutup lubang ini adalah disebabkan ada orang selalu jatuhkan barang dalam lubang itu sewaktu mandi.
Ini asalnya kerusi biasa, lalu beliau modify jadikan kerusi toilet.
Menarik kan? Boleh la buang air sambil lepak-lepak.
Semua barang yang digunakan adalah barangan DIY. Sesuai dengan bajet yang ada.
Disebabkan ada yang request cara pasang benda ini, beliau sketch supaya mudah untuk dijadikan rujukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap mampu memberikan idea untuk cuba hasilkan sendiri di rumah. Selamat mencuba.