Ubahsuai Ruang Tamu Rumah Kosong Berkonsepkan Tema Dari Campuran 4 Warna

2,120 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Perkara yang paling menyeronokkan dalam menghasilkan dekorasi rumah adalah ketika mengubahsuai rumah jenis kosong. Ia boleh dikatakan ibarat canvas putih kerana kita boleh berkarya sesuka hati dengan pelbagai material.

Rumah jenis kosong cukup memudahkan kita untuk bermain dengan tona warna, perabot, eksesori dan lampu. Sekiranya kita mempunyai ruang jenis memanjang dan sempit, jangan cuba saratkan dengan pelbagai perabot yang besar di dalamnya.

Hal ini kerana. ia akan menyebabkan terganggunya laluan dan pergerakan. Pada bahagian dinding, sudah memadai dengan calitkan warna yang pastel atau cari warna lembut supaya tak mengganggu pandangan mata.

Sudah pasti ada yang bertanya apa itu maksud konsep PEMP? PEMP adalah ringkasan dari gabungan empat warna iaitu Pink, Emas, Merah dan Putih. Jadi untuk memudahkan kita menyebutnya, kita ringkaskan kepada PEMP sahaja.

Untuk melihat bagaimana hasil padanan ini diterapkan pada rumah kediaman, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Rumah Kosong Berkonsepkan Tema Dari Campuran 4 Warna

Keadaan ruang tamu rumah ini sebelum diubahsuai. Memang kosong dan tiada apa-apa.

Ubahsuai Rumah Kosong

Keadaan ruang tamu ini selepas diubahsuai.

Pada bahagian dinding pula, kalau boleh janganlah di segenap dinding itu diwarnakan dengan pelbagai kombinasi warna. Cukup dengan menetapkan mana arah dinding yang dimahukan supaya nanti kombinasi antara susunan perabot dan warna tidak bercanggah antara satu sama lain.

Ubahsuai Rumah Kosong

Selain itu, pemilihan langsir perlulah yang masih dalam kategori warna dinding atau sedikit gelap. Namun, cari dari tone yang sama.

Sekiranya untuk menaikkan ruang meja makan janganlah gantung lampu dekat dengan siling. Sepatutnya, ia betul-betul kena berada dalam paras mata atau kepala kita apabila berdiri. Sebab kita nak highlightkan makanan di atas meja.

Ubahsuai Rumah Kosong

Disamping itu, kalau boleh jangan sesekali takut untuk guna dan berfikir nanti anak akan buat buaian pada langsir tersebut. kita yang mencorakkan etika atau perangai anak-anak kita.

Ubahsuai Rumah Kosong

Sangat cantik dekorasi rumah jenis kondominium yang dihasilkan ini. Dekorasi unit kondominium ini tidaklah mahal sangat, ia menepati bajet dari individu yang tidak mahu lebih dari bajet rm15k termasuk semua sekali.

Ubahsuai Rumah Kosong

Dekorasi pada bahagian dinding ruang tamu ini.

Ubahsuai Rumah Kosong

Pandangan dari ruang tamu hingga ke ruang makan.

Ubahsuai Rumah Kosong

Seperti yang diceritakan pada bahagian atas. Ruang tamu ini jenis memanjang.

Ubahsuai Rumah Kosong

Kesimpulannya, kadang-kadang bajet kecil tak bermakna kita akan dapat hasil yang kurang menarik, cuma perlu guna sikit imaginasi dan kreativiti sahaja

Ubahsuai Rumah Kosong

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.

Kredit: Kunije Tnije

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down