Ubahsuai Rumah Teres Lama Biasa Kepada Konsep Yang Luar Biasa

14,424 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang kelihatan cantik dan menarik sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sentiasa mahukan pembaharuan dan kelainan bagi memastikan mereka dapat tinggal di dalam keadaan selesa dan ceria.

Perkara tersebut telah dilakukan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Zai Aries. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah teres lama yang biasa kepada konsep cukup luar biasa.

Jom ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Rumah Teres Lama Biasa Kepada Konsep Yang Luar Biasa

Keadaan kawasan luar rumah sebelum diubahsuai. Harga yang dibeli ketika itu adalah lebih kurang RM50K disebabkan lokasinya berhadapan dengan jalan besar.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Beginilah rupa kawasan rumah ini setelah selesai diubahsuai dengan gaya baru. Untuk deco pada bahagian dinding menggunakan tiles sahaja, bahagian awning pula menggunakan metal foam.

Faktor utama ia kelihatan tinggi adalah disebabkan oleh bumbung hadapan yang dibuat seperti huruf A tersebut.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Deco pada bahagian posh depan rumah pula beliau memilih untuk guna rumput palsu. Bahagian air terjun itu dibeli secondhand dengan harga RM1.4k. Ruang ini sesuai dilakukan sebagai tempat terapi minda dan beristirehat.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Keadaan ruang tamu rumah setelah diubahsuai. Warna cat yang digunakan adalah Jotun Nutmeg. Sofa yang digunakan dibeli di kedai perabot Pakistan dengan harga lebih kurang RM2k.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Bahagian ruang makan setelah diubahsuai. Cat yang digunakan adalah jenama Jotun Ramli.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Bahagian ruang menonton tv setelah diubahsuai.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Bahagian sofa tempat berehat dan menonton tv.

Ubahsuai Rumah Teres Lama

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi dan idea buat semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk ubahsuai rumah kediaman masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down