Cara DIY Baby Safety Gate Simple Hanya RM50

1,218 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebut pasal anak kecil, memang kita akan terbayang telatah dan gelagat mereka. Lagi-lagi apabila anda memiliki anak kecil yang baru pandai berjalan, memang satu rumahlah dia nak buat lawatan.

Malah, benda-benda disekelilingnya juga akan diambilnya untuk dibuat main. Tidak kira apa saja termasuk periuk belanga yang ada dekat dapur tu. Memang dia ambil dan dijadikan sebagai permainannya.

Anak kecil baru pandai berjalan sememangnya susah untuk di awasi. Terutamanya, ketika ingin memasak. Kadangkala risau juga takut terkena minyak, kuali panas dan sebagainya.

Jadi, bagi mengatasi masalah itu, wanita ini yang bernama NurSyamimie Mazlan memilih untuk memasang baby safety gate bagi memastikan keselamatan anak-anak lebih terjamin.

Bagi mengetahui cara ianya dihasilkan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Cara Diy Baby Safety Gate:

Sebelum ada gate, macam-macam benda dibuat jadi penghadang untuk ke dapur. Ini salah satu contohnya.

Bajet bawah RM50 sahaja mengikut pada keluasan ruang masing-masing dan mengikut ketinggian yang mahu dibuat. Macam rumah ini, beliau buat dari paras pinggang sahaja. Memang tinggi, barang-barang ini boleh dibeli di kedai hardware sahaja.

Cantumkan T itu siap-siap pada setiap batang paip PVC.

Selepas itu, cuba susun dahulu sebab nak tengok sesuai atau tidak.

Sediakan awal-awal 1 hingga 2 lebih batang paip untuk kita potong pendek sebab nak cantumkan dengan T tadi tu.

PVC yang telah siap dipotong. Tidak mengapa walaupun potong tidak kemas. Asalkan boleh masuk dan sama panjang. Proses pemotongan ini tidak lama, untuk 16 pcs ini dalam masa 10-15 minit sahaja.

Inilah hasil setelah baby safety gate siap dicantumkan. Seterusnya proses pemasangan jaring dilakukan.

Kenapa pilih konsep baby safety gate macam ini?

Sebabnya nak beli gate yang sedia ada itu, dinding dapur tidak rata. Dinding sebelah tu macam senget sikit dan berlubang-lubang akibat dari bekas penyewa lama sebelum ini.

Jadi, risau nanti kalau beli, tak boleh nak letak dekat tengah-tengah dinding itu. Sebab itulah pagar ini dibuat dengan cara seperti ini.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea buat semua pembaca di luar sana dalam membuat baby safety gate nanti.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down