Tak tahu nak letak mana barang-barang untuk basuh baju seperti sabun dan softener menyebabkan keadaan di kawasan mesin basuh menjadi tidak tersusun dan serabut. Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi ni, apa kata kita DIY sendiri rak untuk barang-barang tersebut. Barulah tak serabut, boleh letak barang-barang lain sekali sekaligus menjimatkan ruang dan mudah nak ambil. Bila dah ada rak ni, barang-barang pun jauh dari kanak-kanak main botol softener anda. Perkongsian kali ini adalah dari Mohd Hafizallah Ariffin. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy rak mesin basuh.
Jadi, jom ikuti perkongsian daripada Mohd Hafizallah Ariffin yang tentunya boleh dipratikkan oleh semua orang kerana bahan pun mudah dicari dan mudah dipasang.
Masih projek pipe pvc. Ini untuk kemudahan orang rumah saya suka susun-susun.
Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik. Siku 'L' saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.
Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.Sekian Terima Kasih. Selamat Mencuba.