DIY Open Wardrobe Daripada Ikea Yang Murah Dan Simple

31,166 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sejak belakangan ini, konsep open wardrobe semakin hari semakin popular dikalangan rakyat malaysia. Konsep DIY open wardrobe ni ramai guna sebab ia memudahkan. Semua pakaian hanya diletakkan setempat, tidak perlu dilipat dan cuma gantung sahaja

Kelebihan konsep open wardrobe ni ia tidak menggunakan almari yang sangat besar. Ia cuma menggunakan palang atau rod yang panjang digantungkan pada dinding untuk menggantungkan baju yang banyak ini. Satu jer masalah iaitu setiap baju yang tergantung akan terdedah. Sakit mata apabila memandang baju yang banyak.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara dan juga bahan yang diperlukan untuk membuat DIY open wardrobe ini. DIY ini dihasilkan daripada Niarsly Hazwan. Beliau menyatakan DIY ini simple dan mudah untuk orang lain yang ingin DIY. Jom kita tengok.

Sakit Mata Tengok Baju Banyak Tergantung? DIY Sahaja Open Wardrobe Ikea Yang Murah & Simple

BAJET OPEN WARDROBE INI HANYA RM250

Bajet untuk membuat open wardrobe ini hanya menelan kos sebanyak RM250.

BARANG YANG DIGUNAKAN

1. Mulig Clothes Bar = https://shp.ee/viyazih

2. Racka Curtain Rod = https://shp.ee/mkqinrh

3. Raffig Finial = https://shp.ee/ihfry8h

4. Hannalill Curtain = https://shp.ee/t2etkqh

5. Betydlig Wall Bracket = https://shp.ee/azhnb7h

DIY OPEN WARDROBE IKEA

DIY Open Wardrobe
DIY Open Wardrobe

Penyelesaiannya ialah dengan meletakkan curtain di open wardrobe supaya mata tak sakit memandang. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger.

Saiz bilik ini sederhana sahaja tapi comel, Nak tak nak membuat open wardrobe memang kena letak tepi pintu. Open wardrobe ini bajet tak tinggi dan juga boleh isi banyak baju berbanding letak almari.

DIY Open Wardrobe

Boleh tambah hanging rack dan box pada lantai untuk letak barang-barang yang lain.

IDEA-IDEA UNTUK OPEN WARDROBE

Berikut merupakan idea yang beliau ambil untuk membuat konsep ini. Jadi anda juga boleh tengok idea ini sekiranya ingin membuat konsep ini juga.

Macam mana dengan konsep open wardrobe ini? Mudah sahaja kan? Tambah lagi semua barang ini hanya boleh dibeli daripada Ikea. Giler Deco berharap ini dapat memberikan inspirasi untuk anda yang inginkan DIY open wardrobe ini. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Niarsly Hazwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down