DIY Sinki Basuh Tangan Yang Berkonsepkan Ala-Ala Vintage

1,338 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Kasih sayang suami terhadap isteri memang tiada batasnya. Jika suami yang sangat budiman pastinya mereka akan memenuhi apa jua permintaan seorang isteri. Contohnya ialah lelaki yang bernama Wan Badrul Muhayat ini.

Beliau telah melakukan satu projek DIY sinki basuh tangan bertemakan ala-ala vintage. Tujuannya ialah untuk melakukan surprise terhadap isterinya yang teringinkan sinki basuh tangan yang ada ciri-ciri vintage dan minimalis.

Cara membuat dan hasil akhir sinki tersebut juga telah dikongsikan didalam laman media Facebook. Carnya sangat senang sahaja tak tidak perlu keluarkan modal yang mahal. Jom kita tengok perkongsiaan yang bermafaat ini.

Suami Lakukan DIY Sinki Basuh Tangan Konsep Vintage Untuk Isteri Tersayang

SINKI BASUH TANGAN

Hai warga tukang apa hari ini. Alkisahnya orang rumah nak sangat sinki basuh tangan ala² vintage.

Saya sebagai suami, sahut cabaran dan cuba penuhi permintaan. Jadi lah, apa yang ada je. Kita pun bukan orang ada

Proses Melakukan Sinki Tangan Vintage

1. Proses membina rangka badan sinki dilakukan dengan menyambungkan kayu yang dibeli.

2. Siap pada bahagian rangka sinki tersebut. Untuk sinki pula pastikan ada ruang untuk letakkan sinki. Sinki tersebut saya beli di kedai barangan terpakai.

DIY Sinki Basuh Tangan

3. Setelah selesai rangka dan kaki, sambung pula membuat keseluruhan badan pula. Tutupkan kesemuanya macam ni.

DIY Sinki Basuh Tangan

4. Untuk nampak lebih vintage iaitu ad ciri-ciri rustic, saya cat kan sedikit warna hitam sikit. Baru nampak ada corak kayu sikit. Kayu terlebih dahulu disapu varnish agar ia tidak mereput.

DIY Sinki Basuh Tangan
DIY Sinki Basuh Tangan

Hasil Akhir Diy Sinki Basuh Tangan Vintage

Hasil akhir sinki basuh tangan yang bertemakan ala vintage gitu. Sangat berpuas hati kerana diy diri sendiri. Nak order memang mahal jadi dah jimat duit dah disitu.

Lampu bertali itu anda boleh beli di Shopee Harganya sangat murah sahaja.

DIY Sinki Basuh Tangan

Sumber : Wan Badrul Muhayat

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down