Cara DIY Rak Mesin Basuh

1,118 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tak tahu nak letak mana barang-barang untuk basuh baju seperti sabun dan softener menyebabkan keadaan di kawasan mesin basuh menjadi tidak tersusun dan serabut. Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi ni, apa kata kita DIY sendiri rak untuk barang-barang tersebut. Barulah tak serabut, boleh letak barang-barang lain sekali sekaligus menjimatkan ruang dan mudah nak ambil. Bila dah ada rak ni, barang-barang pun jauh dari kanak-kanak main botol softener anda. Perkongsian kali ini adalah dari Mohd Hafizallah Ariffin. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy rak mesin basuh.

Jadi, jom ikuti perkongsian daripada Mohd Hafizallah Ariffin yang tentunya boleh dipratikkan oleh semua orang kerana bahan pun mudah dicari dan mudah dipasang.

Cara DIY Rak Mesin Basuh Mudah dan Kemas Tersusun :

Masih projek pipe pvc. Ini untuk kemudahan orang rumah saya suka susun-susun.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

 

1. Penyambung 'L' pipe pvc - rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung 'T' pipe pvc - rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku 'L' besi - rm 2.00 sepeket(beli di kedai eco)
4. Papan - rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc - rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08)

Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik. Siku 'L' saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.

Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.Sekian Terima Kasih. Selamat Mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down