Cara DIY Spice Rack Untuk Dapur Tanpa Tebuk Dinding

31,057 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai spice rack, sudah pasti ramai mengetahuinya. Lagi-lagi untuk suri rumah yang sentiasa masuk ke dapur. Selain dari membelinya secara siap, ia juga boleh cuba dilakukan secara DIY tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Perkongsian pada kali ini adalah dari Fara Amirullah. Perkongsiannya adalah mengenai cara DIY spice rack untuk dapur tanpa tebuk dinding.

Jom ikuti perkongsian menarik ini.

Cara DIY Spice Rack Untuk Dapur Tanpa Tebuk Dinding

Ini penyelesaiannya. Hanya perlu luangkan masa tak lebih setengah jam.

Mudah bukan? Lihat di bawah cara-caranya.

Bahan-Bahan :

Semua barangan dibeli dari Mr.DIY dan Daiso sahaja. Tak semua barang murah itu tak cantik.

  1. Wall hook - RM5.57 setiap satu pek. Beli 4 pek. Link : https://shope.ee/89sfReWfOj
  2. Rak - RM9.50 setiap satu pek. Beli 4. Link : https://shope.ee/7Ucyeh1nlq
  3. Balang kosong - RM0.85/setiap satu. Saya beli 24 pcs. (MrDIY) Link : https://invol.co/cl4nzlo
  4. Lighter :
    Lazada : https://invol.co/cl4u1zy
    Shopee : https://shope.ee/4AMWgglCnA

Jumlah : RM80.70

Inilah wall hook dari Daiso itu. Ada yang 1 kg, 3 kg, 4 kg dan 6 kg. Beliau ambil yang 6 kg. 1 rak gunakan 2 wall hook. Jadi, sebab ada 4 rak, beliau kena beli 4 pek.

diy spice rack

Yang ini pula rak dari Mr.DIY. Beliau guna 4 rak ini.

diy spice rack

Rak inilah yang digunakan untuk projek DIY pada kali ini.

diy spice rack

Mula-mula cadang nak beli balang ini dekat kedai Eco. Tetapi, nampak dekat Mr.DIY harga RM0.85 sahaja. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok.

24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ini bagus. Dahulu beliau pakai IKEA punya. Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab itulah beliau tukar jenis macam ni.

diy spice rack

Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook itu bagi cair sikit. Hati-hati sebab panas kalau kena tangan.

Bila sudah cair, nanti barulah tampal dan biarkan sekejap dalam 2-3 jam. Baru boleh gantung rak itu. Kemudian, bolehlah susunkan balang-balang yang sudah di isi dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap!

diy spice rack

Wall hook ini nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ini barulah dia lekat dengan kuat.

Cara hasilkannya mudah dan simple tetapi sangat berguna. Yang penting dapat menjimatkan ruang dan modal pun tak tinggi. Mana yang tinggal rumah sewa bolehlah cuba DIY spice rack organizer seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down