Cara DIY Tempat Gantung Periuk Belanga Guna Paip PVC

7,117 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki periuk dan kuali yang agak banyak di dapur kadangkala membuatkan ruang tersebut kelihatan tidak kemas dan kurang menarik. Nak letak pada bahagian bucu ruang dapur pun tak berapa sesuai sebab akan nampak ruang lagi sesak.

Jadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut, lelaki ini yang bernama LennOn Haniff telah memikirkan satu idea yang menarik untuk meletakkan periuk belanga dan kualinya. Idea tersebut telah di olah dan diterapkan melalui satu projek DIY yang cukup menarik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk Belanga Dengan Sangat Mudah

Projek DIY Pot Rack dari paip PVC.

Bila kuali sudah berkilat lip lap lip lap, macam rugi pula kalau tak tayang dekat rumah jiran sebelah kan?

Jadi kali ini kita DIY pot rack dari paip PVC untuk gantung kuali-kuali dan periuk dekat dapur.

Beliau guna paip PVC saiz 15mm. T-joint itu beliau beli 10 dan elbow joint beliau beli 4.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Mula-mula, potong paip untuk sambungan seperti di bawah ini, boleh potong mengikut panjang berdasarkan saiz ruang yang mahu digantung. Tetapi, jangan panjang sangat nanti melendut kalau gantung barang berat.

Mesti ada 7 batang paip PVC yang dipotong sama panjang. Maksudnya 5 batang untuk set macam gambar di bawah, 2 lagi untuk bahagian tepi.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Selepas itu, potong lagi paip PVC bersaiz pendek pula. Potong sampai dapat 12 batang. Size pastikan sama, kalu tak nanti senget pot rack kita nanti.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Kemudian, sambungkan semua hasil paip-paip yang sudah dipotong tadi sampai nampak rupa bentuk seperti gambar dibawah ini. Jangan lupa pakai gam untuk paip PVC, biar kuat sambungan dia.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Sekarang, kita boleh tandakan lubang ikut aras tinggi mana nak gantung pot rack kita itu.

Selepas sudah ditanda, kita tebuk lubang dan pastikan lubang itu sama level, Kalau tidak, nanti senget sebelah pula apabila sudah digantung. Seeloknya gunakan water level ruler.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Gunakan U bracket untuk lekatkan pot rack itu pada dinding.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Ini hasil apabila sudah lekatkan pot rack pada dinding.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Beliau gunakan rantai untuk sambungkan pot rack itu pada dinding. Pada pot rack PVC, beliau letakkan hook screw dan sambungkan pada rantai.

Pada dinding pula, beliau screwkan rantai terus ke dinding. Beliau gunakan 2 lubang untuk screwkan rantai ke dinding.

Ini adalah untuk langkah keselamatan. Andai kata jika 1 screw terlucut, ada lagi 1 jadi backup.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Masa nak skru rantai itu pada dinding, gunakan water level ruler untuk pastikan pot rack itu tidak senget.

Inilah hasil apabila sudah siap skru rantai untuk kedua-dua bahagian.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Okay cuba dahulu keutuhan pot rack itu dengan menggantung barang ringan. Kemudian, tambah barang berat, tambah lagi sampailah timbul keyakinan dalam hati untuk letakkan banyak-banyak.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Apabila sudah siap, maka bolehlah susun gantung periuk kuali kesayangan dekat sini. Walaupun banyak barangan digantung, ia masih kekal teguh.

Cara DIY Tempat Gantung Periuk

Menarik perkongsian projek DIY pada kali ini. Bagi yang berminat, boleh la cuba buat sendiri di rumah.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down