Pada masa kini, boleh dikatakan kebanyakan anak muda kurang berminat dalam melakukan kerja-kerja DIY dan pertukangan untuk rumah sendiri. Tetapi, itu bukan penghalang bagi insan yang bernama Ijat Hussin. Beliau telah menghasilkan DIY wainscoting pada dinding rumah hanya dalam masa 2 hari sahaja.
Semangat yang ditunjukkan oleh anak muda ini berbekalkan daya imaginasi dan kreativiti yang dimilikinya, beliau telah berjaya menghasilkan dinding wainscoting yang sangat menarik.
Bagi mengikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Harini saya Cuba buat waincoting. Alhamdulillah menjadi
Gambar ketika beliau cuba untuk menyiapkan pelan dekorasi pada dinding dengan hasil kreativiti sendiri.
Proses-proses lakaran sedang giat dilakukan supaya hasil yang diperoleh memuaskan diri sendiri.
Keadaan dinding setelah siap dilakar.
Proses-proses wainscoting diteruskan dengan melekatkan kayu wainscoting pada dinding rumah.
Proses tampalan kayu wainscoting pada dinding sedang dipasang secara satu persatu dan dilekatkan dengan pita pelekat supaya kayu yang di gam itu tidak tercabut.
Proses mengecat dinding waincoting diteruskan dengan cat putih terlebih dahulu sebelum dicat dengan warna yang di inginkan supaya lebih cantik.
Hasil dinding yang telah siap diubahsuai dengan waincoting yang cantik dan menarik.
Ini pula adalah hasil keadaan dinding yang telah siap diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk menghasilkan sendiri wainscoting dinding seperti ini.
Semoga bermanfaat.