Deco Apartment Lusuh Dengan Konsep Wainscoting

22,713 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di apartment lusuh dan lama bukanlah penghalang untuk pemilik rumah dalam menghasilkan dekorasi pada kediaman supaya cantik dan kemas. Siapa yang tidak mahu tinggal di dalam keadaan yang selesa kan?

Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Izan Hazaqif. Beliau telah mengubahsuai keadaan persekitaran rumahnya kepada satu konsep yang cukup ceria.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian mengenai perubahan yang dilakukan oleh wanita ini.

Deco Apartment Lusuh Dengan Konsep Wainscoting Gaya Moden

Walaupun buruk dekat luar, asalkan kita bahagia dalam rumah kita.

Setelah 4 tahun, ubah pulak design wainscoting sebab tak tahan tengok asyik lalu lalang je dekat wall.

Tapi, bila perati balik wainscotingnya sikit je, tapi semua nak diubah. Ambik masa hampir 3 bulan untuk upgrade semuanya.

Kebanyakan perabot saya beli yang terpakai je. Murah dan jimat.

Keadaan luar apartment rumahnya. Memang kelihatan sangat lusuh.

Deco Apartment Lusuh

Keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru. Walaupun ruang agak sempit, tetapi dekorasi yang dilakukan agak cantik dengan keadaan ruang kediaman sebegitu.

Deco Apartment Lusuh
Dekorasi Apartment Lusuh
Dekorasi Apartment Lusuh

Keadaan ruang makan setelah selesai diubahsuai dengan dekorasi dan gaya baru. Sangat cantik dan kemas. Memang akan menimbulkan keceriaan kepada isi rumah.

Deco Apartment Lusuh

Keadaan ruang makan dari sudut pandangan berbeza.

Deco Apartment Lusuh
Dekorasi Apartment Lusuh

Dekorasi pantri rumahnya. Peralatan disusun dengan kemas dan rapi.

Dekorasi Apartment Lusuh

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down