Wall Divider ini bagus ada di rumah sebagai dinding sementara dan membahagikan ruang dalam rumah kepada dua bahagian dengan fungsi yang berbeza. Selain itu, dengan adanya DIY Wall Divider ini dapat menjimatkan kos anda untuk membina dinding baru untuk hasilkan ruang tambahan dalam rumah.
Anda perlu periksa ruang udara dan cahaya seperti tingkap dan pintu pada ruangan tambahan yang bakal dibina nanti. Jika ruang yang dipisahkan itu adalah ruang privasi seperti bilik solat, pastikan divider dibuat daripada bahan kalis bunyi untuk mengelakkan gangguan semasa solat.
Ikuti perkongsian menarik daripada lelaki yang dikenali sebagai Abdul Aziz Karia melalui laman facebook beliau tentang cara DIY wall divider dalam rumah. Walaupun bukan tukang rumah, tapi hasil kerja memang terbaik!
Alhamdulilah selesai juga diy divider. Perlahan2 kayuh. Saya ada share cara membuat nya. Harap dapat membantu
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Untuk Melakukan DIY Divider Bajet
Medium density fibre (MDF) 12mm, jimat kos tidak mampu guna blockboard atau plywood. Finger join wood 1 x 2.
Tablesaw kesayangan saya. Biar cabuk tapi sangat significant.
Proses pemotongan menggunakan tablesaw.
Untuk lekatkan finger join dan mdf saya gam guna woodglue dan taping screw.
Formaica laminated sheets. Bukan wallpaper.
Pemotongan laminated ni kena lebihkan dari mdf. Saya gam menggunakan solid 8000.
Ini pemain utama iaitu X bond. Memang kuat lekatan dan lebih kukuh untuk digunakan.
Hasil Akhir DIY Divider Yang Dilakukan Ini
Inilah dia hasil akhir diy yang dilakukan. Biasa sahaja namun puas hati kerana ia merupakan hasil diri sendiri.
Sumber : Abdul Aziz Karia