7 Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam "Super Glue"

7,110 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Aduhai, stressnya apabila gam tertumpah dan terus melekat kat tangan. Dahlah gam yang tertumpah itu adalah gam gajah. Keadaan akan bertambah stress jika gam tersebut tertumpah atas lantai,baju atau permukaan yang tidak diingini.

Anda tidak perlu risau jika terjadi perkara sedemikian kerana ada cara efektif untuk hilangkan kesan gam "super glue". Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Jom kita tengok cara-cara tersebut

Apa Itu Sebenarnya Super Glue?

Sebenarnya, gam gajah ini dipanggil sebagai gam cyanoacrylate kerana ia menggambarkan gam melekat dengan segera dan pantas. Bahan utama dalam gam cyanoacrylate adalah cyanoacrylate.

Tujuan gam gajah ini digunakan adalah untuk membaiki sesuatu yang tertanggal atau kerja kerja seni tangan yang memerlukan dua permukaan dilekatkan. Namun, sesetengah kes ada juga dimana ia melekat pada tangan manusia.

7 Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam "Super Glue"

1. Rendam Di Dalam Air Sabun

Sekiranya anda terkena gam gajah , rendam kawasan yang terkena tersebut di dalam air sabun yang suam.

  • Isi mangkuk atau baldi dengan air dan sabun atau bahan pencuci.
  • Rendam kawasan yang terjejas selama 5 hingga 10 minit.
  • Setelah gam menjadi lembut, gosok perlahan-lahan.
cara hilangkan gam gajah
2. Garam

Lagi satu cara efektif untuk menghilangkan gam gajah ini adalah dengan menggunakan garam sahaja. Caranya adalah :

  • Basahkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu
  • Ambilkan garam dan gosok pada permukaan yang terkena gam tersebut sehingga bersih

Pastikan anda berhati-hati dalam proses ini kerana permukaan yang kesat akan cederakan tangan anda.

hilangkan pijar
3. Mentega / Minyak Masak

Minyak masak atau mentega juga dapat memisahkan jari-jari yang terkena pada gam gajah ini. Caranya adalah :

  • Rendamkan kulit dengan air suam dan gosokkan minyak atau mentega ke kawasan yang melekat untuk meleraikannya.
  • Sapukan lebih banyak minyka dikawasan yang terkena gam tersebut sehingga hilang kesan gam.
makanan menaikkan berat badan
4. Penghilang Cat Kuku ( Nail Polish )

Sebilangan penghilang cat kuku mengandungi pelarut yang sangat kuat dipanggil acetone. Acetone dapat melarutkan gam gajah yang terlekat pada pakaian atau permukaan yang licin. Caranya adalah :

  • sapukan acetone kedalam mangkuk dan rendamkan pakaian yang terlekat gam selama satu minit.

Acetone sangat toksik dan anda dinasihati untuk mencuci tangan dengan cepat jika terkena acetone. Jangan gunakan acetone pada kulit yang cedera.

Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam
5. Vaseline ( Petroleum Jelly )

Salah satu bahan yang mampu menghilangkan kesan gama adalah menggunakan petroleum jelly. Caranya adalah :

  • Basahkan tangan dengan air suam dan sedikit sabun.
  • Ambilkan vaseline dan sapukan pada bahagian yang terkena gam
  • Gosokkan perlahan-lahan hingga kesan gam tertanggal.
Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam
6. Penghilang Gam

Beberapa kedai ada menjual produk khas yang dapat menghilangkan kesan gam gajah. Berikut adalah contoh produk yang dapat meghilangkan kesan gam.

Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam
7. Jus Lemon

Yang last sekali adalah dengan menggunakan jus lemon. Anda boleh rendam tangan anda yang terlekat dengan gam kedalam air perahan lemon.

Asid yang terdapat pada lemon tersebut mampu mengurangkan kesan gam dan gam akan tertanggal dengan mudah.

Cara Efektif Hilangkan Kesan Gam

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Jadi, jika anda melakukan sesuatu dekorasi atau apa-apa kerja dan terkena gam gajah pada apa jua permukaan, pastikan anda membaca ini untuk mengilangkan kesan gam. Semoga berjaya semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down