Cara Hasilkan Batten Wall Pada Bilik Solat Dalam Masa 5 Jam

286 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada bilik solat sangat jarang diketengahkan oleh pemilik rumah. Hal ini kerana, mungkin terdapat banyak faktor yang membuatkan ruang solat tidak difokuskan, salah satunya adalah ketiadaan bilik yang khusus untuk solat.

Selain itu, faktor ruang dan bilik yang terhad juga menjadikan ruang ini sukar untuk diberikan satu dekorasi yang khas untuknya. Namun, ada juga pemilik rumah yang kami temui melakukan dekorasi yang cukup menarik pada bilik solatnya.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Siti Asiah, selain dari berkongsi proses ubahsuai yang dilakukan, beliau juga sempat berkongsi cara hasilkan batten wall pada bilik solat dalam masa 5 jam sahaja.

Jadi jom ikuti perkongsian menarik dan kreatif ini.

Cara Hasilkan Batten Wall Pada Bilik Solat

Sebelum dan Selepas ubahsuai bilik solat.

Siap batten wall dengan bajet RM127.00 dalam masa 5 jam sahaja

Ini adalah peralatan dan barangan yang digunakan untuk pemasangan batten wall pada bilik solat ini.

Cara Hasilkan Batten Wall

Caranya tidaklah begitu sukar, ia hanya perlu ukur kawasan yang ingin dipasang batten wall tersebut dan kemudian tampalkan dengan menggunakan gam Xbond mengikut garisan yang telah ditetapkan.

Cara Hasilkan Batten Wall

Selepas siap dipasang, sebelum ianya dicat, ia perlu disapu dengan cat coating terlebih dahulu.

Cara Hasilkan Batten Wall

Batten wall setelah selesai dicat dengan warna hijau pucuk.

Cara Hasilkan Batten Wall

Si bulus pun nak masuk dalam gambar juga.

Cara Hasilkan Batten Wall

Hasil bilik solat setelah selesai diubahsuai. Gambar khutbah pada dinding itu ditampal dengan menggunakan wallpaper sticker sahaja.

Cara Hasilkan Batten Wall

Pandangan dari sudut sisi.

Cara Hasilkan Batten Wall

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down