Projek Pemasangan Pagar Shera Plank Hasilkan Pagar Corak Infiniti

2,467 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan Shera Plank pada pagar rumah sudah tidak dapat dinafikan lagi cukup digemari oleh pemilik rumah yang mahu hasilkan dekorasi dengan cara bajet.

Pemasangan Shera plank cukup membantu dalam mencipta privasi pada bahagian pagar. Apa yang lebih menarik, corak dan konsep yang ingin dilakukan bergantung kepada kreativiti tukangnya sendiri.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Zainal Abidin. Beliau melakukan sendiri pemasangan Shera Plank dengan menerapkan konsep dan corak mengikut pilihannya.

Untuk melihat proses yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Projek Pemasangan Pagar Shera Plank Cara Bajet

Selesai setelah 3 hari lakukan projek ini. Anggaran bajet yang dikeluarkan dalam RM450.

Shera plank ini dipotong di kedai.

Pagar Shera Plank

Bagi membentuk shape pada bahagian atas itu, beliau potong sendri.

Pagar Shera Plank

Kemudian sapu dengan menggunakan cat syelek jenama TOA Woodstain.

Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/5Kac9OSzCa

Pagar Shera Plank

Operasi pemasangan pada pagar akan dimulakan sebentar lagi.

Pagar Shera Plank

Pemasangan telah dilakukan pada bahagian pagar pintu itu.

Pagar Shera Plank
Pagar Shera Plank

Inilah hasil pintu pagar itu setelah ditampal Shera Plank dengan bercorak infiniti.

Pagar Shera Plank

Shera plank itu di ikat guna screw pada pagar besi.

Pagar Shera Plank

Screw yang digunakan. Sebatang screw berharga RM0.90 - 1.90.

Boleh dapatkan di sini: https://shope.ee/4peLYkJgw6

Pagar Shera Plank

Sangat menarik perkongsian dekorasi pada bahagian pagar yang dihasilkan pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam menghasilkan dekorasi seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down