Penghasilan Shiplap wall pada ruang tamu sering dilakukan oleh pemilik rumah bagi menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih menarik dan ceria.
Bagi memastikan ruang tamu rumahnya kelihatan menarik, wanita ini yang bernama Teena Azwa telah menghasilkan projek DIY yang cukup kreatif.
Jom kita lihat sebelum dan selepas penghasilan deco pada ruang divider ini.
Projek Shiplap Wall.
Punyalah lama mengidam. Akhirnya dapat juga buat. Sebenarnya dah banyak kali saya makeover wall ni, harap yang ini last makeover lah.
Wall ini pemisah antara ruang dapur and hall area. Memang dah ada sejak masuk rumah ini dulu. Jadi, akhirnya siap sudah shiplap wall.
Inilah rupa kayu yang digunakan untuk membuat divider antara ruang dapur dan ruang tamu. Kayu yang digunakan adalah kayu MDF.
Peralatan yang digunakan untuk menjayakan projek DIY ini.
Link Shopee :
Kayu MDF Dilekatkan dengan double tape.
Kayu MDF mula disapu Xbond Glue.
Batang aiskrim yang digunakan.
Kayu MDF mula dipasang pada bahagian dinding.
Kayu MDF telah siap dipasang.
Proses mengecat mula dilakukan dengan menggunakan cat Jotun Majestic.
Cat putih selesai disapu.
Jenis cat yang digunakan.
Bahagian divider ini setelah selesai dipasang shiplap wall.
 Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca diluar sana.