Cara Hasilkan Wardrobe Dengan Guna Plywood

19,610 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki suami yang pandai bertukang boleh dikatakan satu kelebihan buat kita dan keluarga. Hal ini kerana, segala kerja-kerja pertukangan boleh dilakukan sendiri dan kos yang dikeluarkan juga lebih jimat.

Perkongsian pada kali ini adalah dari Ben Safwan. Beliau telah menunjukkan cara hasilkan wardrobe dengan guna plywood sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita lihat proses DIY yang dilakukan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Hasilkan Wardrobe Khas Buat Isteri Tercinta

Masa saya masuk rumah ni, saya sudah tekad nak hadiahkan isteri almari besar untuk dia puas hati.

Lakaran sebelum hasilkan wardrobe tersebut. Conteng-conteng plan biar menjadi. Kemudian, ubah sana sini mengikut kesesuaian.

cara hasilkan wardrobe

Realiti sewaktu bertukang, beliau bertukang di rumah ini bagi menghasilkan 10 x 11 kaki build in wardrobe. Memang berdebu lah rumah ini ketika itu, boleh lihat gambar di bawah ini.

cara hasilkan wardrobe

Untuk rangka, beliau guna plywood 18 mm yang dari jenis elok. Ia dipanggil sandwich plywood. Buat rangka di bawah, bawa naik atas satu-satu, kemudian buat tapak, leveling tapak dahulu.

cara hasilkan wardrobe

Alhamdulillah, beliau berkata, pada ketika ini, ada kawan baik tolong sama-sama angkat.

cara hasilkan wardrobe

Selepas itu, beliau catkan putih dan letak clear protection. Untuk elak kotor dan mudah calar.

cara hasilkan wardrobe

Inilah hasil DIY wardrobe setelah selesai diubahsuai. Untuk projek ini, beliau guna full pintu aluminium. Memang awesome lah hasilnya. Kalau tempah mungkin harga market sekitar RM1100-1200 perkaki panjang kalau spesifikasi seperti ini.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down