Sesiapa pernah perasan tak jika kaca didalam tandas anda lama-lama akan ada kesan tompokan putih? Kesan ni walaupun dilapkan banyak kali tetap tidak akan hilang. Mesti stresskan? Dah lah ia membuatkan kaca tersebut nampak kotor dan tidak cantik.
Setiap orang sudah pastinya hadapi masalah macam ni. Jangan risau sebab perkongsian daripada @jason_jezi melalui video tiktoknya ada menunjukkan cara untuk hilangkan kesan putih kaca yang anda semua hadapi sekarang.
Menurut beliau, ia hanya memerlukan 3 bahan sahaja untuk hilangkan kesan putih ini buat selamanya. Jom kita tengok bagaimana cara untuk hilangkan kesan putih kaca ini dengan mudah dan cepat.
Kaca tandas putih2 hilang
Kesan Putih Pada Kaca Hilang Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini Sahaja
Ini dia kesan putih yang susah nak hilang dan melekat pada kaca dirumah.
1) Pertama sekali ambilkan cuka dan masukkan kedalam spray tersebut.
2) Seterusnya, campurkan cuka tersebut dengan sabun pencuci.
3) Bahan last sekali adalah garam. Cukup 3 bahan ini campurkan sekali.
4) Campurkan air suam kedalam botol tersebut.
5) Goncangkan agar bahan-bahan tersebut bercampur dan spraykan ke tempat kaca yang ada kesan putih.
6) Biarkan dalam 10 minit dan lapkan menggunakan span pada kawasan spray tersebut.
7) Bilaskan air pada kaca tersebut dan Tadaaaaa! Kaca kembali bersih dan licin macam kaca baharu tukar.
Video Tiktok Mengenai Cara Nak Hilangkan Kesan Putih Pada Kaca
Kredit : @jason_jezi