Masalah kulapok pada dinding memang tidak dapat dielakkan lagi. Ada yang kata, punca yang menyebabkan kulapok ini disebabkan oleh penggunaan cat murah. Namun sebenarnya tidak.
Walaupun sudah tukar cat mahal dan guna khidmat tukang pakar, tetapi kulapok tetap naik juga. Sebenarnya, punca ianya naik disebabkan oleh persekitaran rumah, kalau cuaca tak menentu, lagi cepat naik.
Bagi mengatasi masalah itu, seorang warganet Tiktok yang bernama @Wawafatimah94 telah berkongsi cara mudah untuk hilangkan kulapok hanya guna cuka sahaja.
Jom terus ikuti bacaan di bawah ini.
Disebabkan rumah memang cepat naik kulapok (benda putih-putih pada dinding) apabila hujan, jadi inilah cara terbaiknya.
Mula-mula selepas lap memang akan ada bau cuka, setelah kering, baunya akan hilang. Satu lagi, gunakan 1 sudu cuka untuk separuh baldi, boleh campur Downy sikit kalau rasa nak bau wangi dan letak air panas.
Selain dari menghilangkan kulapok, dinding untuk menjadi lebih glowing. Campuran ini juga boleh disembur dan lap dekat perabot dan almari baju. Memang berkesan dan selepas itu tak ada lagi kesan kulat dan berhabuk. Jadi, tak perlu setiap masa lagi untuk mengelap perabot.
Akhirnya, tiada lagi masalah dinding berkulapok.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dengan cara ini dapat membantu menyelesaikan masalah dinding rumah yang berkulapok. Semoga bermanfaat.