Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

364 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika bercerita mengenai cara pembersihan rumah yang dapat memudahkan kerja seharian kita, sudah pasti apa yang terlintas di fikiran kita pada saat ini adalah dengan menggunakan penyedut hampagas aka pembersih vacuum.

Terdapat beberapa jenis vacuum yang sering digunakan di rumah iaitu vacuum berwayar dan vacuum tanpa wayar. Namun, sudah pasti pada masa kini orang ramai lebih tertarik untuk memiliki dan penggunaan vacuum tanpa wayar. Hal ini kerana, ianya lebih ringan dan mudah untuk di bawa ke mana saja.

Akan tetapi, sudah pasti sebelum ingin memberi vacuum, masih ramai yang tidak tahu dan bingung untuk memilih vacuum jenama apa yang sesuai digunakan khas buat kerja-kerja seharian di rumah.

Jadi, di sini, kami mahu cadangkan satu vacuum yang cukup berbaloi untuk dimiliki dek kerana tahanan yang luar biasa ada padanya. Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Ini Review Vacuum Dibea F20 selepas 1 tahun 4 bulan Ben guna untuk kategori pertengahan.

Bukan cikai bukan kayangan tapi boleh jadi kuda suruhan sebab suction dia kuat. 25000 Pa. Kena sangat dengan apa yang Ben nak.

Rata-rata kebanyakan model ada yang sekadar 17000,20000 Pa. Tak cukup macam Ben nak. Jenama ini juga yang terbaik.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik
Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Kelebihan Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max:

  • Bateri pengecasan pantas dengan pemegang reka bentuk baharu yang dipatenkan boleh dibersihkan di mana-mana sahaja.
  • Dibea three-speed control untuk pembersihan yang berkesan dan menyeluruh.
  • Berus lantai lebar membuatkan ianya boleh digunakan dengan mudah.
  • Boleh menyedut di bawah perabot melebihi 8 cm, dan kedalaman pembersihan boleh mencapai 90 cm.
  • Reka bentuk tanpa beg yang menjimatkan kos dan mudah untuk kegunaan harian.
  • Fungsi berus lembut 2 dalam 1 yang boleh membersihkan kotoran dan habuk degil pada permaidani pejabat.
  • Memiliki fungsi Multi-stage cyclone separation system, iaitu roda besar yang senyap, memberikan kesan pembersihan yang lebih cekap.
  • Dengan reka bentuk boleh digantung pada dinding, ia lebih mudah digunakan dan tidak perlu di simpan dalam stor.
  • Reka bentuk penunjuk kuasa sedutan yang membuatkan kita dapat melihat dengan jelas pada vacuum tersebut.
  • Reka bentuk tong habuk berkapasiti besar.
  • Sesuai untuk membersihkan kayu, permaidani, lantai jubin, kereta, katil dan lain-lain lagi.

Vacuum cordless jenama Dibea f20 max memiliki 3 tahap sedutan iaitu biasa, sedikit kuat dan kuat sangat.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Selepas setahun lebih penggunaan vacuum ini, kualiti hasil sedutan masih kuat seperti dulu. Apabila habuk sudah penuh, ianya cukup mudah hanya dengan membuang semula habuk tersebut. Selepas itu, bersihkan filter dalamannya. Vacuum ini tidak pernah menghampakan untuk tugasan dalaman rumah.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Kualiti binaannya juga masih lagi utuh dan sukar untuk rosak. Memang masih tidak ada kesan patah walaupun selalu digunakan oleh kanak-kank berumur empat tahun.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Kalau dahulu, harganya mencecah hampir RM799. Tetapi, sekarang ianya lebih murah dengan harga sekitar RM666. Memang berbaloi untuk dimiliki.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Jadi, untuk 1 tahun 4 bulan penggunaan dengan nilai RM800 yang dibelanjakan, boleh dikatakan sudah balik modal kerana cukup membantu dalam aktiviti pembersihan rumah.

Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik
Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max Memiliki Kuasa Sedutan Luar Biasa Dengan Harga Mampu Milik

Itu sahaja perkongsian review pada kali ini. Semoga dapat membantu pembaca di luar sana dalam membuat pilihan yang betul semasa membeli vakum untuk kegunaan harian di rumah.

Kredit: Ben Safwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down