Bilik tidur merupakan satu ruang privasi yang diperlukan oleh setiap orang untuk berehat bagi melepaskan penat setelah pulang bekerja. Jadi, sudah pasti kita inginkan bilik yang cantik dan mendamaikan.
Walaupun ruang bilik itu sempit, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi membuatkan ruang tersebut kelihatan lebih menarik dan luas.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita teruskan bacaan di bawah ini.
Sebelum dan selepas makeover bilik. Bilik ini agak kecil dan sempit.
Jadi, guna cat warna grey dew untuk bagi effect luas dan pasang light panel.
Rupa bilik kecil ini sebelum diubahsuai.
Beliau memilih untuk menggunakan smart light jenama Nanoleaf bagi menjadikan ruang bilik kecil ini nampak lebih menarik dan luas.
Cara pemasangan pada dinding:
Selepas itu, on kan suis dan tunggu sekejap.
Inilah rupa dan keadaan bilik ini pada waktu malam.
Memang sangat cantik dan begitu menarik. Bagi yang berminat boleh la cuba pasang juga di rumah.
Itu sahaja perkongsian mengenai cara menghias bilik ruang sempit yang cukup menarik. Semoga ianya dapat membantu semua pembaca di luar sana.
Kredit: @Nadiah Home