Rumah yang berbumbungkan zink tanpa sebarang lapisan siling dan penebat suhu memang akan menghasilkan satu suhu panas dan bahang yang melampau.
Lagi-lagi pada masa kini cuaca di Malaysia mengalami masalah panas yang agak melampu dengan suhu yang boleh dikatakan agak tinggi. Memang kurang selesalah kalau nak duduk di dalam keadaan rumah dengan suhu dan bahang macam ni.
Jadi, terdapat satu cara yang boleh dikatakan agak berkesan dengan hanya melakukan pemasangan aluminium foil laminated. Dengan itu, ia sedikit sebanyak mampu untuk menjimatkan bil aircond juga.
Ingin tahu bagaimana ianya dipasang? Boleh teruskan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Setelah saya perhati dan baca post serta komen seorang kontraktor pemasangan alumunium foam untuk kurangkan panas, bahang haba di bilik, maka saya dapat ilmu yang diperlukan.
Permulaan proses, beliau cari dan kumpul material yang diperlukan terlebih dahulu. Projek DIY pada kali ini khas untuk jimat guna aircond dan apabila tidak digunakan, bilik tidak akan terasa bahang panas bumbung yang turun dan sudah memadai jika guna kipas. Itulah matlamat sebenar beliau.
Beliau hanya perlu guna 1.5hp aircond berdasarkan jiran-jiran guna. Namun beliau berkata, bakal menambah baik dengan pemasangan aluminium ini nanti untuk kurangkan panas, bahang dan tak perlu buka aircond kerap.
Ini bertujuan untuk keselesaan dan menjadikan bil bulanan tidak tinggi sangat.
Beliau beli 1.5 hp aircond inverter Acson dan persediaan untuk beli 5mm Whale Thermal Double Sided Alumunium PE Cross yang akan diguna pakai pada projek sejukkan rumah pada kali ini. Memang ternyata harga raw material sahaja pun dalam kelas tersendiri disebabkan kualiti.
Material ini lulus SIRIM dan Fire Retardant. Maksudnya, ia bukan fireproof tetapi kalau api merebak, merebak dengan slow. Jadi, spesifikasi untuk 5mm ini ada di kelas yang tersendiri.
Maka, padanlah dengan harga pemasangan yang ditawarkan oleh kontraktor di luar sana. Oleh sebab beliau sudah ada tool lengkap, boleh buat kerja kuli dan berjiwa DIY, beliau memilih untuk buat sendiri sahaja.
Tetapi, kalau anda tidak ada tools lengkap, maka adalah disarankan cari tukang yang pakar.
Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana yang mahu menjadikan rumah lebih selesa da tidak bahang. Selamat mencuba.
Kredit: Ben Safwan