Cara Untuk Kurangkan Bau Kencing Kucing Dengan Efektif

648 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada sesiapa yang menjaga kucing ni sudah pastinya akan menghadapi masalah bau kencing kucing yang busuk dan hancing ini. Ada yang menggunakan alternatif menggunakan pasir yang berbau wangi untuk hilangkan bau namun masih lagi tidak menjadi.

Jika cara itu tidak menjadi, ada satu lagi cara alternatif yang mungkin boleh digunakan untuk pencinta kucing ini. Cara itu adalah dengan menggunakan arang sahaja. Ya betul, dengan menggunakan arang mampu kurangkan bau kencing kucing dengan lebih efektif.

Perkongsian yang dikongsikan oleh chiwahfiezy didalam platform tiktok ini telah memberikan satu tips baharu untuk kurangkan bau air kencing kucing ini. Ramai menyatakan ianya sangat menjadi dan dapat kurangkan bau busuk tersebut.

Cara Mudah Untuk Kurangkan Bau Kencing Kucing Dengan Lebih Efektif

Selain cuba pelbagai pasir kucing untuk kurangkan bau, boleh cuba cara ni jugakkk! Yang penting senang!

Cara Untuk Kurangkan Bau Busuk Air Kencing Kucing

Rumah berbau busuk dengan air kencing kucing? Ikuti cara untuk hilangkan bau busuk ini.

Pertama sekali tebukkan lubang botol macam ni.

Bau Kencing Kucing

Beli arang dan masukkan arang didalam botol tersebut.

Bau Kencing Kucing

Kenapa arang? Sebab arang mampu menyerap bau busuk.

Dah settle masukkan arang dalam botol. Masa untuk gantungkan botol tersebut pada tempat yang berbau busuk.

Tadaaaaa! Dah siap. Lepas ni bau busuk air kencing kucing ni pastinya akan berkurangan dah. Semoga ini dapat menyelesaikan masalah bau kencing kucing dirumah anda.

Bau Kencing Kucing

Video Tiktok Mengenai Bau Air Kencing Kucing Ini

@chiwahfiezy

selain cuba pelbagai pasir kucing untuk kurangkan bau, boleh cuba cara ni jugakkk ! yang penting senang ! #tiktokmalaysia #foryoupage #malaysia #Fyp #cat #tiktokeducation #edutok

♬ Ojo Dibandingke Steve Wuaten Remix 2022 - stevee wuaten

Sumber : Chiwahfiezy (Tiktok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down