"Bila tengok rumah orang lain rasa best jer ada kabinet. Dapur pun nampak tersusun elok jerr. Sedap mata memandang"
Pasti para ibu diluar sana yang dapurnya tidak mempunyai kabinet pernah berfikiran sedemikian bukan? Jangan risau dan tidak mengapa jika dapur anda tiada kabinet. Teruskan bersama kami untuk mengetahui info lebih lanjut bagaimana untuk lakukan dekorasi dapur tanpa kabinet ini.
Dekorasi ini juga amat sesuai untuk rumah sewa kerana tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk makeover dapur. Anda pasti terpesona melihat hasilnya. Perkongsian kali ini adalah dari Ana Sakura. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara dekorasi dapur tanpa kabinet.
Untuk deko tanpa kabinet ini sangatlah sesuai untuk rumah sewa. Kalau rumah sendiri tak apa nak buat kabinet tetapi rumah sewa tak boleh buat sesuka hati. Tapi itu tidak mustahil jika dapur rumah sewa pun boleh nampak cantik walaupun tanpa kabinet
Cara Untuk Lakukan Dekorasi Dapur Tanpa Kabinet
Kombinasi warna mestila tidak lebih dari 3 pilihan warna supaya warna diblend cantik dan tidak nampak serabut.
Tidak mengapa jika rumah anda TIADA KABINET, just diy guna meja lipat biasa letak skirting.
SKIRTING memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas.
Kesemua pokok, frame dan organizer box beli di ECO
Bidai yang digunakan untuk dapur ini adalah zebra blind.
LABELLING - tempah di shoppe, atau beli sticker black tulis guna marker silver.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari inspirasi untuk deco dapur tanpa kabinet.
Semoga bermanfaat untuk semua ya. Jangan ingat dapur yang tidak mempunyai kabinet tidak boleh didekorasikan cantik-cantik tau.
Kredit : Ana Sakura