Ubahsuai Tiny House Sebagai Rumah Sewa Yang Berkonsepkan Unit Studio

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah yang berkonsepkan tiny house semakin popular. Ada yang menjadikannya sebagai rumah persinggahan dan ada juga yang menjadikan rumah tersebut sebagai homestay atau rumah sewa.

Sabri Yaacob berkongsi tentang pengalamannya melakukan penambahan di bahagian belakang rumahnya. Pada asalnya, unit tersebut hanya untuk dijadikan sebagai tempat berteduh sementara jika berlakunya banjir, tetapi akhirnya dijadikan tiny house sebagai rumah sewa.

Bina Tiny House Sebagai Rumah Sewa Dan Berkonsepkan Unit Studio

Pada tahun 2013 dan 2014 banjir besar telah melanda di beberapa buah negeri di Pantai Timur. Kemaman, Terengganu iaitu tempat tinggal Sabri Yaacob paling teruk terjejas. Oleh sebab itu, beliau memutuskan untuk membuat penambahan di belakang rumahnya dengan membina sebuah unit studio untuk digunakan apabila berlaku banjir besar lagi.

Mengikut drawing yang asal, sepatutnya tangga ke unit studio itu bersambung terus ke rumah teresnya, tetapi ketika dalam pembinaan, berlakunya perubahan yang dilakukan oleh kontraktor dan akhirnya beliau terpaksa bersetuju walaupun dengan hati yang berat.

tiny house sebagai rumah sewa

Akhirnya setelah beberapa bulan siaplah unit studio di belakang rumahnya dengan kos yang dibina RM55k termasuk lain-lain kos dalam harga RM5k. Malangnya ia terbiar tanpa dimanfaatkan kecuali untuk anak-anaknya mandi di dalam bath tub pada hujung minggu.

Pada ketika itu, Air BnB dan homestay semakin popular. Kawan-kawannya memberi cadangan untuk menyewakan sahaja unit itu. Selepas melengkapkan perabot dan peralatan elektrik di dalamnya, beliau mengambil keputusan untuk menyewakan unit tersebut kepada pihak yang berminat dengan mengiklankannya di halaman Mudah.my.

Sekian perkongsian daripada Sabri Yaacob tentang bagaimana beliau jadikan tiny house sebagai rumah sewa. Semoga ada yang terinspirasi.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down