Penghasilan projek dekorasi rumah berkonsepkan wainscoting pada masa kini memang tidak asing lagi. Hal ini kerana, kebanyakan pemilik rumah sudah mula melakukannya sendiri secara DIY kerana ianya lebih menjimatkan kos.
Selain itu, pemasangan wainscoting tidaklah begitu sukar kerana langkah-langkahnya boleh dicari di Youtube atau
Perkara tersebut turut dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Muhamad Aisy Luth Faisal. Selain dari berkongsi hasil dekorasi pada bahagian dinding rumahnya, beliau juga turut menunjukkan cara melakukan wainscoting pada ruang tamu.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Assalammualaikum saya kongsikan wainscoting bajet.
Saya sebenarnya tukang beli beras sahaja. Jadi, hasilnya taklah seperti tukang kayu. Saya pilih kayu untuk wainscoting. Nampak urat-urat kayu itu, cantik bagi saya.
Isteri saya request buatkan wainscoting sebelum masuk cat baru. Dari masuk rumah baru tak pernah tukar warna. Maklumlah anak-anak tengah membesar. Biar diorang conteng puas-puas dulu dinding.
Dari pengalaman pertama ini saya, sedikit perkongsian dari saya.
Saya cadangkan beli kayu untuk frame jenis tebal. Chairrail lebar. Effect nampak lebih mewah. Saya sudah beli yang biasa di kedai hardware. Hasilnya seperti perkongsian di bawah ini.
Langkah - Langkah Wainscoting:
Okey, mula-mula buat lakaran gambaran dan anggaran berapa kotak yang diperlukan. Sediakan ruang untuk wall deco atau cermin. Lebar frame yang dibuat adalah 70 cm dan gap 10 cm.
Ukur dahulu lebar keseluruhan dinding (chairrail). Kemudian kita dapat agak berapa frame.
Untuk sudut yang ingin dipotong, potongan perlulah 45 darjah. Sebelum potong, lihat dulu bentuk kayu, kalau salah terpaksa buang nanti.
Kayu-kayu dibeli dari hardware. Pilih kayu solid dan periksa dahulu ada melengkung atau tidak. Pilih yang lurus, elakkan ambil kayu ringan kerana apabila gosok ianya berbulu.
Dinding pertama.
Untuk langkah ini, beliau lekatkan terus frame. Guna gam gajah. Kikir kedua-dua tepi sekali supaya apabila dilekatkan ia sesuai.
Sewaktu proses meletakkan gam tidak perlu banyak nanti meleleh. Jika ada lebihan, biar sahaja ianya kering. Baru buang guna pisau dan potongkan sahaja.
Jika ada ruang kosong, isi guna habuk kayu dan gam gajah. Apabila sudah kering, boleh gosok. Sebelum kering, lap guna kain buang lebihan. Ia boleh juga dilekatkan guna gam X Bond coklat dengan lebih mudah. Cuma letak sedikit sahaja.
Guna tape dan paku untuk tahan kayu itu dari terjatuh. Ini adalah cara terbaik jika buat kerja seorang diri.
Cantuman kayu tersebut boleh isi filler gap nanti. Kemudian, gosok.
Gap-gap tersebut isi dengan filler gap. Caranya adalah dengan tolak ke depan. Jika ada lubang lagi, ulang. Jangan picit dan tarik ke belakang. Banyak yang lebih nanti.
Siap bahagian bawah.
Siap bahagian atas dan bawah. Jika ada wall deco, perlu ukur semula dan ubah kedudukan.
Untuk bahagian ini, beliau doublekan. Kemudian, chairrail dan isi filler gap di tengah-tengah untuk dapatkan ketebalan yang beliau mahukan.
Bahagian wainscoting tersebut selepas di isi dengan filler gap.
Gam XBond yang digunakan.
Pembaris yang digunakan.
Tempat cantuman selepas di isi filler.
Paku kecil untuk support. Ia boleh tanam terus atau buang semula.
Alat penimbang air.
Pita ukur.
Miter saw beli dari Shopee. Ia lebih memudahkan kerja. Beli jenis ini siap ada 45 darjah untuk hujung chairrail.
Kikir yang digunakan.
Inilah hasil setelah siap lakukan wainscoting.
Siap satu dinding, belum masuk cat lagi. Cat akan dilakukan selepas ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi dinding secara DIY.
Selamat mencuba.