Cara Lipat Cadar Di Rumah Dengan Mudah Khas Untuk Newbie

83 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cadar merupakan antara fabrik yang susah untuk disimpan di dalam almari. Bukan sahaja susah untuk di simpan, malah sukar untuk dilipat kemas. Oleh itu, terdapat beberapa cara dan kaedah mudah untuk melipat dan menyimpan cadar supaya sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun.

Jom belajar cara lipat cadar, wanita ini kongsi cara lipat cadar simple, hasilnya memang kemas dan tersusun. Perkongsian kali ini adalah dari Muhaszlina Sanip. Perkongsiannya adalah mengenai cara lipat cadar yang simple dan mudah.

Kali ini, kita berkongsi cara yang dilakukam oleh Muhaszlina Sanip, ibu kepada lima orang anak tentang bagaimana dia lipat dan susun cadar dengan cara yang sangat praktikal.

Cara Lipat Cadar Rumah Yang Betul Untuk Mereka Yang Tak Pandai Nak Lipat

Jom belajar lipat cadar. Ni cara akak tau. Cara lain pun boleh, no right or wrong. Terpulang pada masing-masing. Setiap kali balik kampung, mak akak mesti suh akak ajarkan kak Seri (bibik mak) cara lipat cadar supaya almari kemas.

Caranya mudah sahaja. Tengok caption kat gambar ya. Akak post sini sebab nak clearkan gambar dalam hp akak. Semoga bermanfaat

Cara-Cara Lipat Cadar Yang Betul

Cadar akak ni size King.

Cara Lipat Cadar

Mula-mula, temukan bucu ke bucu.

Cara Lipat Cadar

kemaskan bucu lagi satu juga.

Sampai jadi segiempat camni.

Cara Lipat Cadar

Ambil bahagian berkedut dan bahagian bergetah tu dan masukkan ke bahagian dalam cadar. Kemaskan.

Lipat bahagian bawah tu. Kalau cadar single boleh skip part ni. Kalau cadar Queen, kecilkan lipatan bahagian bawah tu.

Cara Lipat Cadar

Lipatkan bahagian atas pula. Sampai jadi camni. Kemaskan.

Lipat lagi.

dan susun sarung bantal ke bahagian dalam lipatan cadar.

Cara Lipat Cadar

Siap.

Contoh susunan dalam almari. Cadar akak ni ada banyak size. Ada size Queen dan Super Single. Apa yg penting, size lebar lipatan cadar tu kena sama besar supaya bila kita susun dalam almari, cadar kita elok jer dan tak tumbang.

Cara Lipat Cadar

Kredit : Muhaszlina Sanip

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down