Cara Untuk Memilih Tangki Air Yang Sesuai Di Rumah

5,680 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Adakah penting untuk mendapatkan tangki air dirumah? Sudah semestinya penting bagi kita dan juga untuk keluarga kerana dengan mempunyai tangki sebegini dirumah bermakna kita sudah bersedia untuk menghadapi masalah-masalah air seperti kekurangan air, bekalan air yang terputus dan juga pemotongan air secara tiba-tiba daripada syarikat air.

Apabila adanya tangki air sebegini di rumah ia dapat menghilangkan rasa panik dan susah sewaktu tiada air apabila kita dah bersedia. Oleh itu untuk memilih sebuah tangki ini bukanlah perkara yang mudah dan pilih secara rambang sahaja.

Anda kena lihat kepada saiz tangki, bahan yang hendak digunakan, brand apa yang paling selamat dan juga harga untuk tangki air yang anda mahu belikan. Jangan risau kerana Giler Deco akan kongsikan bagaimana cara untuk memilih sebuah tangki air yang betul.

Tak Tahu Tangki Air Mana Yang Sesuai Di Rumah? Ini Dia Cara Untuk Milih Tangki Air Dengan Betul

1. Perhatikan Banyak Mana Air Yang Anda Perlukan

Pertama sekali adalah kena perhatikan sebanyak mana air yang anda gunakan untuk setiap hari. Semua ini termasuk ketika anda sedang membasuh laundry, mandi dan juga aktiviti lain seperti membasuh kereta sebagainya.

Dianggarkan seseorang memerlukan sebanyak 100 -150 liter sehari. Itu cuma anggaran namun untuk rakyat Malaysia ni guna hampir 300 liter untuk seorang. Kalau yang ada keluarga ini kena kira dianggarkan sebanyak 900 liter akan digunakan dalam sehari.

Bila anda sudah tahu berapa liter yang digunakan sehari, maka ini memudahkan proses untuk memilih saiz tangki untuk rumah anda.

Tangki Air

2. Bahan Yang Manakah Lebih Baik Untuk Tangki

Kebanyakkan rakyat Malaysia ini menggunakan tangki daripada plastik ataupun dipanggil tangki poli. Kenapa poli? Sebab tangki ini merupakan tangki yang paling ringan, tahan karat, tidak mudah bocor dan mudah untuk diangkut kemana jua nak letak.

Disamping itu juga, tangki bahan poli ini senang sangat untuk dicuci menjadi faktor utama ia menjadi kegemaran pilihan ramai. Purata tangki bahan poli ini boleh bertahan selama 15-20 tahun. Haba yang dapat bertahan adalah setinggi 120 -140 darjah.

Selain tangki bahan poli, tangki dengan bahan keluli tahan karat pun antara yang popular. Walaupun ianya popular tetapi ia sedikit mahal berbanding dengan tangki poli.

Jangan ingat harga yang mahal sahaja. Tangki bahan keluli ini lagi elok berbanding dengan tangki poli. Ianya berkualiti tinggi, mudah diselenggara dan ia juga menyimpan dan membekalkan kualiti air yang selamat untuk rumah anda.

3. Saiz Tangki Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Setiap tangki mempunyai pelbagai saiz yang boleh anda pilih agar bersesuaian dengan rumah dan tempat anda. Jangan main pilih sahaja kerana ia bergantung kepada berapa bilangan pengguna atau orang yang menggunakan air untuk aktiviti harian dirumah.

Untuk saiz tangki boleh bermula daripada serendah 100 liter dan boleh mencecah hampir 15,000 liter. Untuk letakkan tangki air ini selalunya ramai beli dalam lingkungan 2,000 - 8,000 liter. Itu pun dah memadai untuk sebuah rumah mempunyai 6 orang.

Tangki Air

4. Mahal Atau Murah Sesebuah Tangki Ini?

Nak beli sebuah tangki air ini juga bergantung kepada berapa orang yang akan menggunakannya. Jika saiz keluarga yang besar tetapi memilih nak jimat kos beli tangki yang lebih kecil akan mengakibatkan air tidak dapat melakukan kerja-kerja melibatkan air dengan lancar.

Untuk rumah kecil yang ada 2 orang paling minimum adalah 500 liter. Untuk tangki 500 liter tahan karat berharga dalam lingkungan RM700-RM800. Kalau bahan poli boleh dapatkan harga dalam RM350 - RM550.

Tetapi, tangki saiz 500 liter ini tidak disyorkan kerana itu adalah tangkin yang minimum. Nak lebih selamat agar anda semua dapat menggunakan perkhidmatan air dengan sempurna disyorkan ambil tangki bersaiz 1000 liter. Harga lebih kurang dalam RM1500 - RM1800 untuk tahan karat dan RM530 - RM700 untuk tangki bahan poli.

Untuk keluarga yang lebih besar pula disarankan untuk mengambil tangki bersaiz 2000 liter sehingga 3500 liter. Harga untuk saiz tangki yang semakin besar ini akan naik dan mungkin mahal sekiranya memilih bahan dan brand yang berkualiti tinggi.

Tangki Air

5. Tempat Yang Sesuai Untuk Meletakkan Tangki Air

Ramai yang tertanya-tanya dimanakah tempat yang paling sesuai untuk letakkan tangki air ini? Ada yang cakap letak dalam rumah pada bahagian siling. Ada yang cakap letak kat luar untuk tujuan proses pembersihan dan baiki yang lebih senang.

Perlu diingatkan bahawa tangki ini sesuai diletakkan pada bahagian luar. Kenapa? Hal ini adalah untuk melancarkan proses klorin didalam air menyejat dari semasa ke semasa dan bergerak ke bahagian atas tangki.

Jika letakkan ditempat yang sempit akan mengakibatkan tiada ruang udara. Zarah klorin akan terperangkap dan hal ini boleh menyebabkan bahaya untuk kesihatan anda.

Pentingnya ada pengudaraan yang segar dan baik untuk menghapuskan pengumpulan klorin didalam tangki.

6. Beli Tangki Yang Ada Logo Sirim

Okayyy!! Last sekali adalah untuk setiap tangki yang dibeli ini bukan sahaja harga, brand, saiz dan juga bahan yang memainkan peranan tetapi tangki yang mempunyai kelulusan sirim perlu diberikan keutamaan. Antara tangki yang mempunyai kelulusan sirim ini adalah jenama ESTEEL, KING KONG, ATKC dan sebagainya.

Sebelum anda membeli tangki air ini pastikan semak dahulu. Setiap pengeluar dan penjual mempunyai polisi yang berbeza. Selain itu semak juga tentang caj hantaran, pemasangan dan pembaikan untuk tangki tersebut.

Setiap tangki air akan diberikan waranti paling kurang 3 tahun dan maksimum 5 tahun keatas. Sesetengah waranti akan terbatal jika anda melakukan hal yang boleh akibatkan waranti tersebut batal serta merta seperti meletakkan tangki di ruang bawah tanah.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down