Cara Untuk Mencantikkan Tandas Kampung Yang Kosong

15,472 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah kampung pada zaman dahulu sudah pastinya mempunyai sebuah tandas diluar rumah. Bukan macam zaman sekarang kebanyakkan rumah ada tandas didalam. Az Mi mengambil inisiatif untuk melakukan proses mencantikkan tandas kampung tersebut agar nampak cantik.

Menurut perkongsian Az Mi didalam facebook, beliau berkongsikan cara untuk mencantikkan tandas kampung tersebut dengan beberapa barangan daripada shopee sahaja. Caranya sangat simple sahaja dan tidak memerlukan modal yang besar.

Yang penting tandas tersebut nampak cantik dan sesuai untuk digunakan agar tandas diluar rumah kampung tidak nampak kosong dan seram. Anak-anak pun suka dengan rupa baharu tandas tersebut. Jom kitatengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki Kongsi Cara Mencantikkan Tandas Kampung Yang Kosong Menjadi Deko Tandas Yang Cantik

Toilet / jamban kampung biasa dekat belakang rumah. Anak kecik taknak masuk dalam tu sebab nampak seram dia cakap.

Ubahsuai cat dan suasana boleh dipakai kalau ramai yang balik. Sekarang anak pon nak mandi dalam toilet ni. Ubahsuai dengan kos jimat guna bahan yang ada dan murah.

Cara Untuk Mencantikkan Tandas Kampung Dahulu

Inilah dia rupa keadaan tandas kampung yang berada dekat belakang rumah kitorang. Biasalah tandas kampung kan. Anak-anak pun cakap seram nak masuk dalam tandas ni.

Mencantikkan Tandas Kampung

Siling diatas tandas tersebut ditukarkan dengan kayu pallet.

Proses cantikkan tandas ini dimulakan dengan mengecatkan warna hitam pada bahagian tersebut. Selepas catkan warna hitam tersebut, kami lakukan wainscoting agar nampak kemas.

Mencantikkan Tandas Kampung

Seterusnya ialah masa untuk mengubahkan lantai tandas tersebut. Lantai itu kami coating dengan flakes epoxy yang dibelikan di Shopee.

Nak menceriakan lagi suasana tandas tersebut, kami tengok lagi dalam shopee apa yang nak beli. Maka, kami beli dan tambahkan lampu gantung dalam tandas tersebut.

Mencantikkan Tandas Kampung

Hasil Akhir Dekorasi Tandas Yang Dilakukan

Alhamdulillah. Setelah penat lelah melakukan ubahsuai tandas ni. Akhirnya siap juga proses mencantikkan tandas ini. Anak-anak pula yang suka masuk ke tandas ni pula. Dula tak nak sebab seram.

Mencantikkan Tandas Kampung

Sumber : Az Mi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down