DIY Dekorasi Bajet Cantik Di Rumah Sebagai Aktiviti Waktu Lapang

2,011 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

DIY Dekorasi bajet cantik sesuatu rumah ini sudah semestinya merupakan perkara yang sinonim untuk mereka yang inginkan deko rumah cantik namun berada didalam keadaan harga bajet. Deko bajet untuk zaman sekarang ini sudah semestinya senang untuk dilakukan berbanding zaman dahulu.

Dengan adanya platform seperti lazada dan shopee zaman sekarang semuanya dapat diakses dengan senang pada harga yang murah. Untuk deko bajet tu kalau pandai cari dengan harga yang murah memang akan dapat macam yang dikongsikan oleh owner ni.

DIY Dekorasi Bajet Cantik Di Rumah Dilakukan Sebagai Aktiviti Waktu Lapang Hujung Minggu

Alhamdulillah. Sempena public holiday arini meh laa kita mengemas rumah. Kerja yang sampai bila-bila pun takkan habis. Dari proses mengecat, tampal vinyl, buat wainscoting dan tampal cermin semua DIY sendiri.

Sebab tu kalau tengok deco ni. Deco bajet je. Amatur punya kerja camni laa. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 1 tahun 3 bulan pindah sini.

Dalaman Rumah Sebelum DIY Dekorasi Bajet Cantik Rumah Apartment Ini Dilakukan

Ni masa mula2 tengah usha rumah. Masa tulaa tengah fikir nak beli ke tak nak beli.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

View rumah ni lawa sebab umah ni tepi lif dan tepi skali. Jadi pandangan depan memang tak ada halangan.

Ada orang suka warna putih tapi sis tak minat. Kejap je dinding dah berdebu. Kalau lantai putih camni mau ari2 kena rajin mop.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

Dalam banyak2 benda kerusi ni antara yang paling2 saya sayang. Sebab usia kerusi ni dah hampir 13 tahun.

Sini laa ruang tengok tv iaitu ruang tamu. Ruang tergolek2 jadi tak boleh letak banyak perabot.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

Ni view dari beranda.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

Ni lorong nak ke bilik dan juga toilet.

Aritu dah cat kelabu putih. Kejap je dh kena conteng dengan budak kecik kat rumah ni. Hari2 sakit mata tengok. Ni arap2 tak kena dah laa.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

Setiap hari wajib makan sama. Time makan semua kena makan.

Bilik je warna putih asli suci murni lagi. Tunggu masa jugak tu nak cat warna lain.

DIY Dekorasi Bajet Cantik

Nie view dari beranda. Kalau buka je sliding door luas2 memang angin rasa macam kat tepi pantai. Duduk di level 14.

DIY Dekorasi Bajet Cantik
DIY Dekorasi Bajet Cantik

Sumber : Hijau Bumi Tuhan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down