Cara Menjaga Pokok Lidah Jin (Snake Plant)

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pokok lidah jin (snake plant) juga dikenali sebagai sansevieria, merupakan pokok hiasan yang semakin popular di Malaysia. Selain tahan lasak dan amat mudah dijaga, ia juga boleh bertindak sebagai pembersih udara untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah anda. Jom lihat cara untuk memastikan ia subur dengan baik.

Penempatan

Pokok snake plant mempunyai pelbagai variasi dan corak daun. Ia merupakan tumbuhan yang lambat subur dalam cahaya yang terang. Walau bagaimanapun, pokok ini sangat popular dengan kebolehan mereka yang mampu hidup dalam keadaan cahaya yang rendah. Ia mampu bertahan dengan hanya lampu pendarfluor sahaja. 

Secara ringkasnya, anda boleh meletakkan pokok snake plant anda di tempat yang tidak menerima cahaya secara langsung dan tiada lubang udara. 

pokok lidah jin
Kredit: magnoliamarket.com

Penyelenggaraan Rutin

Pastikan anda semak tahap kelembapan tanah terlebih dahulu sebelum meyiram untuk memastikan akarnya tidak lembap. Selain itu, anda harus pertimbangkan untuk menggembur dahulu tanah sebelum memulakan penyiraman awal. 

Pengudaraan boleh membantu tanah bernafas dan membolehkan lembapan dibebaskan. Pastikan anda tidak menyiram berlebihan pada musim lembap dan cuba elakkan daun basah ketika anda menyiram. 

Walaupun pokok anda diletakkan dalam cahaya yang tidak langsung, anda tidak perlu menyiramnya lebih daripada sekali setiap 10 hari (paling banyak) semasa musim tumbuh. Namun, semasa musim sejuk atau jika tumbuhan berada dalam cahaya malap, ia mungkin hanya memerlukan penyiraman sekali sebulan. 

Pastikan tanah pokok anda kering sepenuhnya antara penyiraman. Hal ini kerana, pokok ini akarnya mudah mereput.

Selain itu, tukar posisi pokok anda secara berkala untuk memastikan pertumbuhan sekata di semua sisi. Semasa membersihkan daun, periksa bahagian bawah pokok dan perhatikan jika ada haiwan perosak. Anda boleh menggunakan kain mikrofiber dan spray air untuk membersihkan daun anda sekali setiap beberapa bulan. 

Kredit: leonandgeorge.com

Jika anda menggunakan pasu yang diperbuat daripada bahan organik untuk menanam pokok lidah jin ini, pastikan anda menggunakan piring kalis air di bawahnya untuk melindungi lantai dan bahagian atas meja anda. Hal ini kerana kelembapan mungkin terkumpul di bawah pasu dan akan merosakkan permukaan lantai.

Bagaimanakah untuk mengetahui jika pokok lidah jin saya terlebih air?

Penyiraman yang berlebihan akan menghasilkan tangkai coklat yang lembik. Berhenti menyiram dan pangkas tumbuhan anda. Pastikan tanah betul-betul kering dan barulah anda boleh menyiramnya kembali.

Kredit: succulentsnetwork.com

Bagaimanakah untuk mengetahui jika pokok lidah jin saya kekurangan air?

Sekiranya pokok snake plant anda kekurangan air, hujung daunnya akan mengering. Jika ini berlaku, pangkas tumbuhan anda dan tingkatkan kekerapan penyiraman anda.

Bolehkah pokok lidah jin bertolak ansur dengan cahaya yang sangat rendah?

Ya, boleh. Tetapi ia berkemungkinan akan membantutkan pertumbuhan pokok anda. Kadar penyiraman juga akan menjadi lebih tinggi. Jadi, anda harus berhati-hati jika meletakkan pokok ini dalam keadaan cahaya yang malap.

Berapa kerapkah saya perlu menyuburkan pokok lidah jin?

Secara amnya, tumbuhan ‘indoor’ akan tumbuh subur apabila ia disenyawakan. Namun, jika anda mahu pokok anda membesar dan subur, anda boleh gunakan baja asas sekali dalam sebulan. Ia sudah memadai tetapi jika anda gunakan baja slow-release yang berbentuk seperti bebola kecil, anda cuma perlu meletakkannya sekali dalam 2-3 bulan kerana ia mengambil masa yang lama untuk terurai.

Bagaimana cara untuk membiakkan pokok lidah jin?

Anda boleh potong bahagian batang rizom yang berwarna putih kelabu yang mempunyai beberapa helai daun padanya dan biarkan potongan tersebut kering selama 1 hari. Kemudian barulah anda boleh menanamnya di dalam tanah.
Selain itu, anda juga boleh membiakkannya daripada keratan daun. Hanya potong 2-3 inci daun dan letakkannya kira-kira 1 inci dalam tanah yang sesuai untuk tumbuhan anda. Pastikan anda menanam keratan tersebut menghadap ke atas dan arah yang sama pokok tersebut tumbuh.

propagate Sansevieria Snake Plant in soil
Kredit: apieceofrainbow.com

Setiap tumbuhan adalah makhluk hidup yang unik dan mungkin mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Perhatikan keadaan pokok lidah jin anda dan keperluan penyiramannya - jangan sampai terlebih atau kekurangan air. 

Pokok ini amat mudah dijaga dan sesuai untuk dijadikan pokok hiasan di dalam rumah. Namun, ia memiliki racun berbahaya kepada anak-anak kecil dan haiwan peliharaan iaitu bahan aktif Saponin. Ia boleh mengakibatkan ruam, muntah dan cirit-birit kepada manusia manakala kesannya kepada haiwan pula ialah air liur berlebihan, hilang selera makan, badan menjadi lesu dan muntah. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down