Pernahkah kita terfikir untuk deco bilik anak kesayangan tetapi, tidak tahu konsep dan idea apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, konsep deco untuk kanak-kanak adalah cukup simple sahaja. Jika anak lelaki, tema yang dipilih haruslah menjurus ke arah superhero kesukaan mereka.
Bagi anak perempuan pula, kebiasaan mereka menyukai warna lembut seperti pink serta menambah unsur-unsur kartun kegemaran mereka. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa ini yang bernama Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Selain dari berkongsi mengenai hasil dekorasi bilik anaknya, beliau juga sempat berkongsi cara mudah deco bilik hanya dengan bermodalkan kayu bingkai sahaja.
Jadi, jom ikuti perkongsian deco bilik tidur dengan lebih lanjut di bawah ini.
Sebelum dan Selepas.
Perkongsian bilik anak dara kecil berusia 8 tahun bertemakan Unicorn. Bermodalkan kayu bingkai pintu atau kayu spin 6 ringgit 12 kaki jadikan wall panel.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai. Almari tersebut beli di Shopee dengan harga RM269.
Bahagian tingkap dan langsir sebelum diubahsuai.
Proses seterusnya adalah hasilkan deco dinding dengan hanya menggunakan kayu siling sahaja.
Keadaan dinding setelah cat lapisan pertama selesai dilakukan.
Keadaan dinding setelah dicat dengan warna kegemaran anaknya iaitu warna Turkish Pink.
Akhirnya, siap juga deco bilik anak dara. Bagi menampakkan lagi menarik. Katil dicat dengan warna putih sesuai dengan tema lembut yang dihasilkan ini.
Langsir unicorn dan wallpaper bentuk hati itu dibeli di Shopee.
Pandangan dari bahagian atas.
Cara susun atur perabot dan hiasan pada dinding. Sangat kemas dan menarik.
Bahagian tempat belajar anak.
Tempat meja solek anak.
Hiasan pada atas almari kabinet.
Alas kaki bilik anaknya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.