Cara Mudah Lakukan DIY Dinding Shiplap Bermodalkan RM300

1,011 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi dinding rumah dengan menggunakan kayu shiplap pada masa kini memang sudah tidak asing lagi. Boleh dikatakan pemilik rumah mula melakukannya secara DIY tanpa perlu mengupah orang.

Sekiranya mahu mengupah orang, sudah pasti bajet yang dikeluarkan lebih banyak berbanding melakukannya secara sendiri. Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Syahrill Rafidzi. Selain dari berkongsi hasil projek yang dilakukan, beliau juga sempat berkongsi cara mudah lakukan DIY dinding shiplap bermodalkan RM300 sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Cara Mudah Lakukan DIY Dinding Shiplap Bermodalkan RM300

Projek hari itu, pertama kali cuba buat sendiri. Tanya orang untuk kos barang dan upah RM950 (sekaki persegi RM15.00). Jadi, kalau buat sendiri lebih murah dan jimat.

Ini adalah senarai bahan dan peralatan yang digunakan. Dinding ini berkeluasan 7.5 kaki lebar x 8 kaki tinggi. Saiz shiplap yang digunakan adalah 150mm x 6mm x 4 kaki.

DIY Dinding Shiplap

Untuk pemilihan warna cat pula, cat yang digunakan adalah jenama Dulux Ambience Pearl Glo (18YR 05/072) 1.5liter.

DIY Dinding Shiplap

Sekeping papan MDF berharga RM3.50, jadi jumlah yang digunakan adalah 32 keping. Untuk pemasangan yang cantik dan kemas, ia perlu menetapkan jarak antara shiplap dengan menggunakan 3 keping batang aiskrim.

DIY Dinding Shiplap

Kayu MDF tersebut perlu dilekatkan dengan gam yang khusus untuk dinding iaitu gam Xbond, ia biasanya digunakan dalam kadar sebotol setengah.

Hasil selepas kayu MDF selesai dipasang pada bahagian dinding.

DIY Dinding Shiplap

Dinding disapu dengan cat coating sebelum dicat dengan warna kegemaran.

DIY Dinding Shiplap

Inilah hasil akhir keadaan dinding setelah projek DIY ini selesai dilakukan.

DIY Dinding Shiplap

Untuk pengetahuan, kos keseluruhan kesemua barangan yang dibeli adalah RM310.

DIY Dinding Shiplap

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk DIY dinding shiplap bagi mencantikkan rumah.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down