Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting Guna Barang Shopee

7,206 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Wainscoting pada masa kini sudah tidak asing lagi. Macam-macam cara dan gaya yang dilakukan oleh pemilik rumah untuk menghasilkan wainscoting cermin mengikut kreativiti mereka tersendiri.

Perkara tersebut juga turut dilakukan oleh wanita ini yang bernama Amirah Isa. Beliau telah berkongsi cara mudah lakukan DIY mirror wainscoting hanya menggunakan barang Shopee sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting Guna Barang Shopee

Nak share jugak la buat dinding cermin ni.

Tak ada la susah sangat, cuma kena buat je. Asalnya laki tak setuju pun, cakap tak pandai la, apa la. Jadi, kita lakar siap-siap, beli barang murah je pun sebab semua beli kat shopee.

P/s : Semoga terinpirasi untuk yang tengah cari idea nak buat kat dinding. Sejujurnya semua orang boleh buat kot.


Senarai barangan Shopee yang digunakan: 

Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai. Beliau berkata, tak tahu nak hias macam mana, akhirnya ternampak ada orang post buat cermin macam ni terus berkenan.

Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting

Kemudian, beliau terus ambil tape, ukur dan masukkan dalam Excel. boleh buat ni  "cakap dalam hati tampal-tampal macam tu je pun kan”.

Beberapa hari kemudian barang sampai. Seminggu selepas itu baru projek ini dimulakan.

Setelah barang sudah sampai, walaupun seorang diri kena buat juga. Padahal, kalau buat sorang tahun depan belum tentu siap lagi sebab takut nak panjat tangga.

Cara Mudah DIY Mirror Wainscoting

Kayu yang digunakan adalah jenis kayu MDF bersaiz 2 inci besar, tebal 9mm. Setiap batang itu panjang 4 meter. Jadi, untuk buat dinding besar ini beli dalam 27 pcs.

Cuma ada la lebih sikit-sikit, sebab malas nak sambung-sambung. Kalau sambung-sambung ni 25 pcs sudah cukup memadai. Harga beli masa itu RM2.80 untuk 1 pcs. Murah la kan?

Langkah DIY :

diy mirror wainscoting ruang makan 0

Ini budak rajin. Berebut nak buat dengan dia. Tape-tape yang extra itu hasil kerja dari dia la.

Mirror wainscoting

Ini seorang lagi master mind untuk tape. Satu rumah dia tapekan.

Mirror wainscoting

Dinding ini kekal dalam keadaan sebegini lebih kurang dalam 2 minggu.

diy mirror wainscoting ruang makan 0

Akhirnya, suami setuju panjat untuk settlekan bahagian atas itu.

Mirror wainscoting

Siap sudah. Tinggal dekat fasa ini pun dekat 3 minggu juga sampai MDF itu macam nak berkulat dah, baru nak cat.

Mirror wainscoting

Nak cat MDF kena guna cat premier atau cat minyak dulu. Kalau tak, dia serap. Kami cat ni ada 3,4 lapis baru cat itu lekat.

Mirror wainscoting

Selesai mengecat.

Mirror wainscoting

Kemudian beliau buat cermin la pulak. Tak apa buat sikit-sikit.

diy mirror wainscoting ruang makan 0

Untuk proses nak pasang cermin itu supaya sama, mereka guna kayu MDF itu sebagai ukuran. Letak dekat dinding, letak gam dekat cermin terus lekat. Bahagian cermin ini sekejap sudah siap.

diy mirror wainscoting ruang makan 0

Akhirnya siap. Tape yang datang sekali dengan cermin itu kami tak guna pun, sebab budak-budak buat tampal dekat lantai.

diy mirror wainscoting ruang makan 0

Beberapa bulan kemudian, akhirnya siap juga dengan bajet lingkungan RM200 lebih, tapi tak sampai la RM300. Selepas ini, boleh sambung buat wainscoting pula.

Mirror wainscoting

Enjoy tempat makan baru.

Mirror wainscoting

Itu sahaja perkongsian DIY dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down