Sangat jarang sekali kita lihat pemilik rumah mendekorasikan bahagian pintu bilik stor supaya kelihatan cantik dan menarik. Biasanya, dekorasi yang dilakukan adalah pada kawasan yang lebih tertumpu seperti dinding ruang makan, dinding ruang tamu dan sebagainya.
Namun, projek DIY pada kali ini adalah mengenai cara mudah lakukan wainscoting pintu stor yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bernama Pa'e Faeza. Projek DIY yang dilakukan olehnya dan suami cukup simple dan kreatif.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Bersiaran lagi pada hari ini. Kali ini kita DIY pintu stor pula. Kod cat yang digunakan adalah Jotun stylish grey 7395.
Semoga bermanfaat.
Keadaan pintu stor sebelum diubahsuai.
Proses-proses pemasangan bingkai wainscoting pada bahagian pintu sedang dilakukan.
Bingkai wainscoting selesai dipasang dan dilekatkan pada pintu dengan menggunakan Gam Xbond.
Proses seterusnya pula adalah dengan mengecat bahagian bingkai wainscoting dan pintu mengikut warna pilihan.
Cat boleh beli disini. Harganya sekitar RM50 sahaja.
Inilah hasil bahagian pintu bilik stor setelah selesai dipasang wainscoting.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber inspirasi untuk melakukan projek DIY seperti ini.
Semoga bermanfaat.