DIY Beranda Santai Di Bahagian Anjung Rumah Yang Cantik

138,837 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Sesiapa sahaja pastinya mengingikan satu tempat khas untuk para family termasuk kita mempunyai ruang berehat ataupun ruang santai dirumah. Nak upah orang lakukan beranda ni kos pula akan menjadi penghalang kerana kos untuk membuatnya sangat mahal melainkan kita diy sendiri beranda santai dirumah.

Macam yang dilakukan oleh Ilyana Isa ini, beliau teringinkan satu beranda khas yang bertemakan mini kafe untuk dijadikan tempat santai dengan family. Jadi, beliau berkongsikan cara untuk DIY beranda santai yang simple dan mudah sahaja. Nak lepak dengan family, anak-anak pun boleh. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Kongsikan Cara Untuk DIY Beranda Santai Dirumah Untuk Tempat Berehat

Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat satu 'mini cafe' atau beranda di porch kami. Berangan nak ada beranda di tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat, maka saya buat kat porch pun jadilah.

Simple je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8x10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ

Proses DIY Melakukan Beranda Santai Di Rumah

1. Inilah dia rupa porch asal kami ini. Sedih jer rupa dia. Tapi perubahan bakal menjelma. Hehehe.

2. Ini merupakan proses memasang tapak dan tiang untuk beranda kami. 2 hari jer dah siap buat semua ni.

DIY Beranda Santai

3. Untuk beranda ni kami cat warna putih. Cik meow pula sibuk disitu.

4. Kami menambahkan sedikit dekorasi untuk beranda kami ini. Antaranya ialah rumput karpet, hiasan pokok dan kerusi kayu. Tema berwarna putih, hitam, hijau dan corak kayu.

DIY Beranda Santai

Barangan-Barang Yang Digunakan Untuk Dekorasi :-

Hasil Akhir DIY Beranda Ini

Inilah dia hasil akhir beranda yang saya lakukan ini secara diy. Penat membuatnya tapi berbaloi.

Ye Encik, nak order air apa? Berangan nak jadikan cafe

DIY Beranda Santai
DIY Beranda Santai

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap ini dapat memberikan kepada anda semua inspirasi untuk membuat beranda santai dirumah masing-masing.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Ilyana Isa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down