Kalau tinggal di rumah sewa, sudah pasti agak pening kepala macam mana nak hias dinding. Nak tebuk, nanti tuan rumah marah, jadi, solusinya adalah dengan mencari satu alternatif lain tanpa merosakkan bahagian dinding tersebut.
Cara terbaik yang boleh digunakan untuk menggantung hiasan pada dinding adalah dengan menggunakan hanging hook. Macam mana nak dapatkan benda ni? Tak susah pun, dekat platform-platform online seperti Shopee berlambak ada jual tau!
Kalau nak lihat cara penggunaannya dan hasil setelah dinding selesai dihias, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Inilah Hanging Hook yang akan digunakan untuk menggantung frame.
Cara pemasangannya tidaklah begitu sukar, cabut dan tampal sahaja.
Di bawah ini cara untuk gunakan hook ini.
Kemudian, tampal je pada bahagian yang di inginkan.
Apa yang bestnya mengenai benda ni, walaupun sekadar tampal, ianya boleh menampung bebanan seberat 5-10 kg.
Okey sudah boleh gantung pada dinding wall frame.
Inilah hasilnya. Sangat mudah dan ringkas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah untuk pasang wall frame di rumah. Semoga bermanfaat.