Pasti ramai yang masih tidak tahu dan mengambil perhatian mengenai perkara ini. Mesin basuh di rumah, jika tidak diservis dalam tempoh yang agak lama, bahagian dalaman dan luaran tong drum tersebut akan diselaputi oleh kerak kesan dari habuk semasa kita membasuh baju.
Jika ia dibiarkan tidak diselenggara dalam tempoh yang lama, ia bakal memberi kesan terhadap kesihatan diri, terutamanya buat mereka yang mempunyai penyakit kulit sensitive. Hal ini kerana, pakaian yang dipakai itu tidak sepenuhnya bersih.
Jadi, sekiranya memiliki masa yang terluang, apa kata luangkan sedikit masa untuk membersihkan tong drum hanya dengan beberapa cara yang ringkas dan mudah.
Jika mahu mengikuti langkah dan cara servis mesin basuh ini, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
DIY servis mesin basuh auto yang bertahun-tahun belum pernah diservis . Nak upah orang, caj sampai RM150.
Baik servis sendiri, baru puashati. Cara buka, saya belajar di Youtube. Kena ada special tools juga (rujuk pada gambar).
Patutlah setelah kain baju siap basuh, mesti ada benda melekat, rupa-rupanya pasal ni. Berkerak-kerak.
Setiap brand mesin basuh berbeza cara nak buka, yang ini model LG.
Pertama, cabut tong drum mesin basuh tersebut. Tengoklah rupa setelah dicabut, memang berkerak-kerak.
Proses mencuci dilakukan. Putih berkilat selepas digosok dengan menggunakan berus sabut.
Bahagian dalam ini pun sama, berkerak-kerak juga.
Jadi, kita perlu bersihkannya dengan menggunakan berus sabut.
Spanar yang perlu ada untuk buka mechanism nut di dalam tong drum adalah seperti di bawah ini.
Alat ini juga perlu ada untuk cabut tong drum. Hal ini kerana, ia terlalu ketat untuk ditarik. Mungkin sebab sudah lama pakai dan tidak servis mesin basuh ini.
Alat ini hanya diperlukan untuk brand LG/Panasonic/Samsung sahaja. Manakala brand Sharp/Toshiba/Haier hanya perlu ada spannar T-10 sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Kredit: Azim Ambak