Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

2,120 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kebanyakan rumah di Malaysia menggunakan mesin penapis air bagi memastikan air minuman sentiasa berada di dalam keadaan baik dan bersih.

Kebiasaannya, setelah tamat kontrak, kerja-kerja penukaran filter sudah tidak akan lagi dilakukan oleh staff maintenance Coway tersebut. Jadi, untuk memudahkan kerja, tidak salahnya kita cuba tukarkan sendiri.

Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Fariez Khair. Beliau memilih untuk tukar sendiri sahaja filter cateridge penapis air Coway di rumahnya.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti cara mudah yang dilakukan oleh lelaki ini.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge

Penapis air Coway ini sudah hampir 8 tahun usianya. Penapis ini jenis air RO bukan air mineral. Air dia juga lebih sedap sikit dari yang lain.

Beliau hanya sempat pakai sehingga 5 tahun sahaja dan sudah hampir 3 tahun tak guna dan terperap dekat dapur sebab kontrak sudah habis.

Selain itu, beliau juga tidak sambung service untuk tukar filter. Namun, sekiranya perlukan service dan filter cateridge baru, boleh sahaja untuk sambung kontrak lanjutan.

Apabila kita nak beli filter cateridge dan pasang sendiri, coway kata tak boleh dan tidak dijual, jika mahukan juga, kita perlu ikat lagi kontrak setahun dengan bayaran RM600.

Jadi, untuk menjimatkan kos, memandangkan beliau cukup menyukai hal-hal berkaitan dengan engineering dan modification, beliau berhasrat untuk menukar sendiri filter cateridge tersebut.

Sebelum ini, sewaktu mesin basuh dekat rumah rosak. Beliau baiki dan mesin basuh tersebut elok seperti sedia-kala. Manakala, kipas angin siling pula tidak berpusing, beliau baiki sendiri, sekarang sudah kembali berpusing.

Kemudian tv pula rosak, beliau baiki sendiri juga. Projek wiring electrical pun beliau baiki sendiri juga. Akhir sekali, 3 hari lepas, beliau buka cover mesin Coway ini. Tengok apa jenis filter cateridge yang dipakai. Rekodkan dengan phone kedudukan filter, dan sambungannya.

Hal ini kerana, ia perlu dipastikan in out air itu betol. Selepas itu, check dekat Shopee, terus beli aftermarket dekat Shopee. Kemudian, setelah 3 hari barang sampai, terus pasang, saluran air itu pun beli dekat kedai je dan ON.

Alhamdulillah. Selesai masalah, sejuk dan panas pun masih elok walaupun sudah 3 tahun tak ON. Ambil sample air, pergi bawak test untuk check tahap RO dan masih juga okey.

Langkah Dan Cara Penukaran Filter Cateridge Penapis Air :

Benda senang sahaja, Buat apa upah orang, air panas dan sejuk masih berfungsi dengan baik.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Walaupun usianya sudah hampir memasuki 8 tahun, ianya masih cantik dan okay.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Set original filter cateridge Coway. Filter Coway sedikit besar dari aftermarket filter. Tak tahu, besar sebab cover dia atau memang internal filter memang besar. Tak pasti mesin ini ada mambrane RO, rasanya model sekarang sudah tidak lagi keluar yang ada RO.

Tidak pasti juga kalau masih ada, sebab beliau tak ada masa nak periksa. Agak-agak susah ke atau senang nak tukar filter ini?

Jawapan dia, memang senang tak perlu orang datang service pun.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Set filter original yang sudah dikeluarkan dari port dia. Pastikan kena tahu in out air itu. Ambil gambar setiap posisi dan sambungan cable air itu supaya kita tidak lupa. Ada mesin Coway guna 4 filter. Ada yang 3 filter. Jadi, study betul-betul. Mana satu filter no 1, no 2, no 3 dan seterusnya.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Set filter aftermarket yang dijual di Shopee. Siap tunjuk jenis mesin lagi. Mesin itu sebijik yang dipakai ini.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Kabel ini dibeli dari kedai dan pasang sendiri sebab kerja senang. Tak perlu nak upah orang lain. Untuk yang pakai RO, kabel ada 2. Satu untuk air masuk dan lagi 1 kabel itu diguna untuk buang air mineral dan tinggalkan air RO dalam mesin.

Jadi, kalau mesin Coway jenis hanya penapis air yang tak ada RO, penapis air tersebut pakai 1 kabel air sahaja walaupun kalau nak convert dari penapis air biasa tanpa RO kepada yang ada RO pun boleh. Hanya perlu sedikit sahaja modified dengan tambah satu filter mambran RO dekat last sequence filter tapi letak luar mesin itu.

Kabel dia panjang la sedikit sebab terkeluar. Mambrane RO boleh dibeli di kedai jual penapis air di luar. Agak sedikit mahal dan boleh pakai lama.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Hasil lepas tukar filter baru.

Cara Mudah Tukar Sendiri Filter Cateridge Penapis Air Coway

Rupanya filter cateridge ini, mana-mana brand lebih kurang sama sahaja. Jadi, selepas ini boleh beli di Shopee sahaja. Macam-macam ada, Coway ke, Cuckoo ke, cari dekat aftermarket sahaja.

Posting ini bukan untuk membuatkan mana-mana pihak triggered, tetapi sekadar memudahkan golongan yang mahu berjimat.

Namun, untuk kes ini, sesuai untuk orang yang sudah habis bayar dan tamat kontrak. Mesin itu sudah jadi hak milik kita. Kalau masih ada kontrak, teruskan macam biasa dan bayar sampai habis seperti mana kontrak itu.

Soalan sama ada aftermarket boleh pakai atau tidak, ori atau tidak, ia tidak menjadi persoalan kerana itu sahaja pilihan yang kita ada. Habis tu, tak kan nak buang pula mesin itu. Betul tak? Ini isu filter cateridge je, terpulang pada tuan-tuan dan puan-puan.

The decision is yours. To continue with COWAY is OK. Not continue with COWAY also OK and this is my choice because I LOVE RE-ENGINEERING.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down