Projek Pemasangan Autogate Pada Pagar Rumah Secara DIY

4,541 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lelahnya kalau nak buka pagar ni mesti kena turun kereta dahulu, bukak pagar lepastu masuk kedalam kereta balik. Kan senang kalau ada sebuah pagar automatik dirumah dimana ianya boleh terbuka dengan sendiri tanpa perlu kita turun.

Sekarang anda boleh jer pasang sendiri pagar automatik dirumah anda. Tak perlu dah bayar atau upah orang untuk pasang. Senang lakukan sahaja secara DIY. Barang-barang pula boleh dapatkan dikedai atau juga di Shopee.

Macam yang dikongsikan oleh brader Faisal Mohammad ini, beliau kongsikan bagimana untuk melakukan projek pemasangan autogate pada pagar sendiri dirumah. Hasilnya sangatlah memuaskan. Jom kita lihat bagaimana DIY ini dilakukan.

Projek Pemasangan Autogate Pada Pagar Rumah Yang Dilakukan Secara DIY Dengan Senang

DIY Pasang Autogate Di Rumah

Nak share satu projek mudah iaitu projek D.I.Y pemasangan autogate dengan fungsi autolock rumah sendiri selepas siap pendawaian. Boleh dilakukan kalau ada waktu lapang dirumah.

Cara Untuk Memasang Autogate Pada Pagar Rumah Secara DIY

Alat yang dibeli untuk memasangkan autogate ni ialah brand Autogate D'nor 212. Barang ni boleh jer dibeli dikedai dan untuk lebih jimat boleh dapatkan di dalam shopee.

Autogate D'Nor 212 - https://shope.ee/flsPtNuV6

Projek Pemasangan Autogate

Kalau nak pasang autogate ni sudah semestinya wajib ada Autolock DCMoto ni. Benda ni pun boleh jer dapatkan di kedai tapi kalau nak lebih senang boleh dapatkan di shopee.

Autolock DCMoto - https://shope.ee/2Ku6QM4UOv

Untuk autogate ni kalau nak kontrol daripada jauh kene pasangkan Controller Board ni. Senang kalau ada sesiapa datang boleh jer buka daripada dalam rumah.

Proses fitting wayar dan kedudukan alatan dalam box controller. Ujian keserasian autolock DCMoto pada board D'nor.

Projek Pemasangan Autogate

Alhamdulillah, fittingnya sudah selesai.

Seterusnya beralih pula kepada pemasangan arm dan fitting wayar pada pagar rumah.

Selesai pemasangan wayar dan arm pada pintu B. Sekarang, beralih pula kepada pintu A.

Projek Pemasangan Autogate

Selesai pemasangan wayar pada arm dan autolock di pintu A.

Proses memasang autolock

Selesai pasang autolock.

Projek Pemasangan Autogate

Video Hasil Projek Pemasangan Autogate Secara DIY Ini

Kredit : Faisal Mohamad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down