Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

5,266 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan projek secara DIY pada masa kini boleh dikatakan satu perkara biasa. Hal ini kerana, rata-rata individu atau pasangan yang telah berkahwin sudah pasti mahu berjimat cermat. Cara terbaik adalah dengan melakukan kerja bertukang sendiri.

Dengan hasilkan secara DIY, ia dapat mengurangkan kos modal yang agak besar untuk membeli rak gantung yang baru. Perkara tersebut telah dilakukan sendiri oleh lelaki ini yang bernama Shah Rezza.

Selain dari berkongsi hasil DIY rak dinding itu, beliau juga sempat berkongsi mengenai cara mudah tukarkan rak buku kepada rak tv gantung bagi memudahkan pembaca jika berminat untuk menghasilkannya seperti ini.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Dari rak buku yang kakinya mereput sebab kena air aquarium yang bocor, nak buang agak sayang.

Kita buka dan lakukan DIY, laminated buat rak tv, rak letak mainan dekat 2 bilik anak, bilik air untuk letak pokok hiasan dan sebagainya.

Masih berfikir lagi nak buat apa pula papan lebih ini.

Inilah rak buku yang ingin dijadikan rak tv gantung tersebut. Ketika ini, ia belum dileraikan lagi menjadi kepingan kayu rak.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Selepas selesai dileraikan, papan rak tersebut dilekatkan pada dinding ruang menonton tv untuk dijadikan rak gantung.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Ini adalah wallpaper yang digunakan untuk membalut rak putih tersebut supaya ia lebih kelihatan cantik dan menarik. Wallpaper boleh beli di Shopee.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Rak gantung tersebut selesai dibalut. Langkah seterusnya pula adalah dengan melekatkannya pada dinding ruang tamu.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Keadaan rak gantung tersebut setelah dipasang pada dinding.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Dengan penggunaan wallpaper marble, ia lebih kelihatan cantik dan menarik.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Keadaan dinding tempat letak mainan anak setelah dipasang rak tersebut.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku Kepada Rak TV Gantung

Bahagian dinding ruang tamu menonton tv setelah selesai dipasang rak gantung.

Cara Mudah Tukarkan Rak Buku

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down